Hari Jumaat selalunya ada jamuan kat pejabat. Lagi2 mood nak bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan nie. Minggu depan dah sibuk dengan puasa. Mesti seronok dapat berpuasa ramai ramai. Suasana dan kemeriahan Ramadhan mula terasa hihi.
Hari ini kitorang satu pejabat dijamu Laksa dan Laksam. Faizal belanja makan hari ini. Mak dia masak untuk satu pejabat kitorang. Murah rezeki dia huhu.
Tak tahu plak aku kuah laksam pun boleh dimakan dengan laksa. Pengsan dan imprezzz jap.
Simple dan pedas. Yes, inilah yang syok nak makan. Hantu pedas semuanya hahaha.
Satu pejabat terus bertukar muka semuanya. Masing masing muka laksa dan laksam hari ini haha.