Hari ini aku sangat sangat bengang dengan office aku yang kelam kelibut ini. Aiiii… Bila la application aku akan dapat. Rasa macam nak blah je cepat cepat. Naik menyampah pula aku dengan semua perkara annoying ini. Putar belit alam betul… 🙂 lucu
Apapun, abaikan mereka.
Aku merancang untuk pergi jalan jalan ke Tasik Kenyir, Terengganu yg juga merupakan sebuah empangan yang mempunyai keluasan 260 000 hektar. Aku tak pasti apa pandangan orang sini atau orang luar terhadap tempat ini. Tapi bagi aku, tempat ini macam OK je. Lagipun, macam tau tau je kan aku berminat untuk buat research pasal Tasik Kenyir ini. Tup tup akhbar Kosmo buat rencana pasal tempat ini. Kira OK lah tu 🙂
At least aku dapat sedikit gambaran mengenai tempat ini.
Apa yang aku tahu, tasik ini adalah hasil daripada Projek Empangan Hidro-elektrik yang akhirnya menenggelamkan beberapa buah kawasan yang luas dan berbukit bukau yang akhirnya berubah menjadi beratus ratus buah pulau. Tak tahu lah cmne. Cz aku sendiri pun tak pernah nampak lagi cmne rupanya empangan tu ahaks
Tasik ini juga mempunyai kira kira 340 buah pulau yang terletak di tengah tengah tasik, 14 buah air terjun, beberapa buah jeram, gua serta sungai.
Mesti seronok bukan kalau dapat merasa bermalam dan menjalankan beberapa aktiviti dikawasan yang masih ‘suci’ ini – udara segar serta pelbagai flora dan fauna. Rekod Jabatan Perhilitan menunjukkan bahawa Tasik Kenyir dan belantara disekelilingnya telah menjadi rumah bagi lebih daripada 8000 spesies bunga, 2500 spesies pokok dan tumbuhan termasuk 800 spesies orkid dan 300 spesies kulat.
Apa yang menarik perhatian aku adalah, terdapat kira kira 300 spesies ikan air tawar yang membiak di dalam Tasik Kenyir ini. OMG, mesti best kalau dapat memancing ini. Mungkin sesuai untuk orang macam aku yang tak pandai memancing ini kan ? Hahaha KOT
Aku memang teringin yang amat untuk pergi memancing. Saja je nak merasa feel si pemancing tu macam mana. Untuk permulaan, beli je pancing yang murah murah area RM 100 kebawah. As hobby semata mata.
Lagipun, kat area lembah klang ni tak tahu mana tempat memancing yang sesuai – selain daripada di TBNSA. Hihi
Tapi, jauh disudut hati aku rasa takut pun ada juga. Huhu.. Pengaruh filem anaconda / ghost etc la ni 🙂 Tapi macam syok juga kalau dapat masuk dalam gua / berkayak / berkhemah / jungle tracking etc.
Apapun, aku kene buat more research pasal accomodation / transport / kos. Mungkin kalau ada pakej pakej yang bersesuaian pun OK juga. Lagipun aku plan untuk pergi sini pada tahun 2013 🙂