Semalam, seharian aku bersama dengan Norazlina dan Rohaya. Semata mata mahu diorang siapkan beberapa task bersempena dengan ‘change management’ di tempat aku. Memang aku book diorang seminggu pun. In case apa apa hal terjadi. Hebat kan aku?
Tapi sedih cz internet kat pejabat aku tersangat slow. Azabnya tuhan sahaja yang tahu. Duduk di segmen korporat nie mana boleh lambat lambat bagai. No excuse. Tapi nak buat macam mana, kita kene redha dan tabah menghadapi dugaan. Anggap sahaja ini cabaran untuk mendapatkan 5 bintang untuk kali yang ke 4 berturut turut. Oh, teruja dan menakutkan.
Dek kerana internet terlambau slow, aku bawa diorang makan nasi ayam di Tat Nasi Ayam yang terletak di Bangi. Nyum nyum rasanya hihi.
Kitorang pergi dengan Naili Fertado sekali. Sibuk makcik tu dengan urusan business dia. Masyuk nampak gayanya. Syukurlah…dan aku still jadi ala ala penasihat pemasaran untuk dia. Pengsan 2 kali.
Sambil sambil makan tu, aku share sedikit knowledge perniagaan dengan diorang. Sharing is caring ok hahaha.
Syukurlah, diorang kata sedap makan kat situ. Kalau tipu aku tak tahulah kan hahaha. Tapi, bagi aku memang not bad makan kat situ. Termasuk hari tu, aku dah makan kat sini 3 kali. Memang tidak mengecewakan.
Terima kasih banyak banyak jugalah cz teman aku pergi pos barang jualan. Tak tahulah diorang dok menyumpah seranah cz dok berjalan sokmo tak balik balik kan. Hahaha. Ada aku kisah. Matilah.
Nak dijadikan cerita, officemate aku belanja satu office makan nasi arab pulak. Aku pula balik lambat. Nasib baik diorang simpan sedikit untuk kitorang. Secara kebetulan pula semalam kitorang balik lewat. Area 7 petang lebih baru siap kerja. Sabar je lah kan hihi.
Siap je kerja, kami makan sama sama nasi arab tu bertiga. Hebat bukan? Takut pulak aku dok makan di apit oleh anak dara Melanau dan Tganu kiter. Syukurlah cz aku mendapat team yang boleh bekerja dengan baik dan cekap. Tahniah dan terima kasih.
Cant imagine macam mana kehidupan aku tanpa diorang selepas beberapa bulan nanti. Mesti rasa janggal dan terasa lain macam.