Minggu lepas, aku pergi ke Bazaria Pantai, Kerinchi Pantai Dalam. Disana khabarnya ada kedai menjual barangan keperluan haiwan peliharaan yang murah.
Alamatnya ialah : Dewi Pet Shop, GK1-04 Bazaria Pantai, Pantai Dalam KL. Tapi papan tanda di kedai ini letak nama Kekabu Asli dan Kraf Tangan Enterprise. 2 dalam 1 kot. No telefon pemilik kedai tu boleh rujuk gambar di atas.
Aku punya kedai bernama Kerinchi.Com dan baru hari ini aku jejakkan kaki di Kerinchi.Com. Pengsan terus.
Pemilik kedai tu pesan, kalau nak datang call dahulu. Mana tahu time tu diorang tak buka kedai ke kan. Tak silap aku, operation hours diorang berbeza untuk weekend dan weekday. Macam aku, datang waktu weekend je. Sebelum datang tu, sms diorang dahulu untuk bertanya stok Royal Canin Persian 30 ada atau tidak huhu.
Kenapa aku gigih datang membeli Royal Canin sehingga ke sini? Haruslah kerana harganya murah. RM230 untuk 10Kg RC Persian 30. Harga pasaran ialah RM270 lebih kalau tak silap. Harga yang aku dapat sebelum ini di salah satu kedai di Bangi ialah RM250lebih rasanya. Tak ingat. So, aku dapat jimat banyak di situ.
Membeli barangan haiwan peliharaan ini kene pandai dan rajin servey tempat dan harga. Lain tempat lain harganya.
Seperti biasa, dalam membeli tu kami share knowledge dan pengalaman membela kucing dan apa apa info yang berkaitan. Yup, diorang pun bersetuju dengan penggunaan Sisa Kayu Pain untuk Cat Litter tu. Amat menjimatkan kos.
Oh ya, disini harga Sisa Kayu Pain itu cuma RM109 untuk 40kg tak silap aku. Around that figure lah tu. Now, aku perhatikan, memang banyak kedai yang tengah promo Sisa Kayu Pain ini. Nampak sangat diorang bersaing dan sedang demand di pasaran. Haruslah aku borong 40kg lagi bulan depan haha.
Stok 30kg yang aku beli beberapa bulan lepas tu tak habis lagi. Kemudian, aku ada stok sedia ada 40kg. Rasanya kalau aku beli lagi 40kg, boleh tahan sampai tahun depan kot hahahaha. Entah entah, tahun depan baru buka. Lets check samaada produk ini ada due date atau tidak nanti.
Makanan kucing ada banyak jenis. Commercial, Premium, Super Premium etc. Royal Canin termasuk dalam kategori Premium. Aku sedang berkira kira untuk menukar makanan anak anak kucing ini kepada jenama Orijen yang termasuk dalam kategori Super Premium. Its not about the class. Tapi aku melihat, harga Orijen ini lebih kurang sama dengan Royal Canin Persian 30. Apa yang membezakannya ialah kandungan Protein Orijen lebih banyak berbanding Persian 30.
Orijen terbahagi kepada 2 flavour iaitu diperbuat daripada Turkey dan Ikan. Based on ikan lebih mahal berbanding Turkey.
Aku beli 1 kg dulu Orijen ini. Nak campurkan sedikit demi sesikit dalam makanan anak anak kucing ini. Nak tengok diorang boleh makan atau tidak. 1kg berharga RM25. If let say diorang boleh go on, so aku pun proceed to the next step. Proses peralihan makanan kucing kene dilakukan secara perlahan lahan. Take time. Kalau tak, diorang akan sakit.
Lagi satu, aku beli bekas buang air diorang yang bersaiz L. Harganya agak murah iaitu RM30 sahaja. Kalau kat tempat lain, RM45 lebih kot. Penjimatan terjadi disitu hihi.
Kat sini jugaklah aku beli Tikar Comel tu hahaha. Lupa nak tawar. Harganya RM25. Tapi kata Rohaya, dia boleh dapat harga RM19 sahaja. Logiklah kot.
Total aku belanja untuk anak anak kucing pada minggu lepas ialah RM285 ( tidak termasuk tikar comel aku ). Memang average kos hidup diorang secara bulanan ialah RM200 hingga RM300. Mostly, kat makanan diorang sahaja. Yang lain lain tu, markah bonus sahaja.
Kos ditampung oleh syarikat aku Mykeledek Network melalui blog Kerinchi.Com.