BELI HADIAH DI KAISON PARADIGM MALL

image

Kaison di Paradigm Mall telah menjadi salah satu destinasi yang akan aku fikirkan kalau nak beli barangan berupa hadiah atau cenderamata atau cenderahati kenang kenangan. Murah dan pelik pelik barangan yang dijual kat sini. Made in China kot. Yup, aku pernah nampak pekerja diorang dok sibuk menyusun barangan dari dalam guni besar. Memang China mari.

image

Harga pewangi kereta ini cuma RM2.90 sahaja. Pewangi yang Hanif bagi kat aku time dia pergi melancong ke Hong Kong pun ada dijual disini. RM4.90 je pun harganya. Kat tempat lain, rasanya mau belas belas ringgit.

Harga barangan yang dijual kat sini memang berbaloi dan murah. No need to go to oversea lah. Beli je kat sini dan claim kita ada pergi melancong kat negara tu hahaha. Matilah.

Tadi pun aku datang cz teman Nahar dok beli hadiah perkahwinan untuk kawan dia. Jurutera ini perangai dan citarasanya lain sedikit. So, aku suggest beli je lukisan cat minyak yang abstract. Lupa plak aku nak ambil gambar tadi. Harganya cuma RM49.90 sahaja. Kalau tempat lain, boleh jadi 2 kali ganda harganya. Amat bebaloi dengan saiz, jenis dan appearance nya. Memang nampak mahal hihi.

Oh ya, agak imprezz cz pembalot hadiah kat sini berharga cuma 50 sen sahaja. Kat tempat lain mau area RM1 hingga RM1.50. Kita jimat duit disitu. Untung membeli disini.

Alang alang tu, aku pow dia beli pewangi kereta. Suh dia bayar sekali hahahaha. Pengsan.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI