(A – Z) Koleksi Nama Anak Lelaki Yang Diberkati Dalam Islam

(A - Z) Koleksi Nama Anak Lelaki Yang Diberkati Dalam Islam

Berilah nama anak lelaki yang baik-baik. Sesuai dengan hadis nabi yang bermaksud, “Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu.” – Hadis Riwayat Abu Daud dan Ahmad

Firman Allah swt, maksudnya: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka – Surah an-Nisa’a : ayat 34

Sebagai panduan kepada semua ibu dan bapa. Bersama ini disertakan senarai nama anak lelaki islam dan baik maknanya. Untuk rujukan bersama:-

Nama Anak Lelaki Huruf A

  1. Abdul Syarif – Hamba yang terhormat dan mulia
  2. Abdul Amir – Hamba yang bijaksana
  3. Adib Zainul Mutaqqin – Lelaki yang sopan santun. Menjadi hiasan bagi orang yang bertakwa
  4. Affifudin – Kebajikan agama islam
  5. Afif Thahari – Hamba yang pandai dalam menjaga kehormatan dan kesuciannya
  6. Ahmad Jamil – Tampan dan gagah
  7. Ahlam Zulfadli Firdaus – Harapan yang terbaik di syurga
  8. Ahmad Rafli – Anak yang jujur dan memiliki pekerjaan yang sempurna
  9. Ahmad Ariib – Memiliki ilmu pengetahuan
  10. Ainul Hayat – Mata air kehidupan

Nama Anak Lelaki Huruf B

  1. Bahrun Zaib – Leautan luas yang cantik
  2. Bahir Saifuddin – Pedang agama yang rupawan
  3. Bari Abdul Jalil – Hamba Allah yang pandai dan mulia
  4. Bariq Taufiq – Memperoleh kurnia dari Maha Pengasih dan Maha Penyayang
  5. Barakatullah – Yang diberkati Allah
  6. Bahiyuddin – Memancar terang
  7. Badiuzzaman Firdaus – Semoga menjadi penghuni syurga firdaus seindahnya
  8. Bahtiar Hanafi – Kaya dan lurus
  9. Baliq Mufid – Pintar dan memberi faedah
  10. Burhanuddin – Bulan purnama yang bersinar

Nama Anak Lelaki Huruf D

  1. Dalilun Akhbar – Pemimpin yang lebih besar
  2. Dalil Farhat – Pemimpin yang ceria
  3. Dar Syarif Firdaus – Orang terhormat dan mulia yang memiliki tempat di syurga firdaus
  4. Daud ar-Rasyid – Semoga menjadi orang yang memiliki sifat seperti Nabi Daud as.
  5. Dhaamin Arifin – Orang yang gemar menolong dan bijaksana
  6. Dhiyaul Haq – Cahaya zat yang Maha Besar
  7. Dzaki Ibadurrahman – Pintar dari para hamba Allah yang Maha Pengasih
  8. Dzaka Anis al-Karim – Pandai, ramah dan mulia
  9. Dzu Syaja’ah – Pemilik keberanian
  10. Dziyab Mahasin – Kaya harta yang gemar berbuat kebaikan demi agama

Nama Anak Lelaki Huruf F

  1. Fadhil Rijal – Lelaki yang mulia
  2. Fadhil Sa’adi Zahid – Lelaki yang mulia, bijaksana dan rendah diri
  3. Faodhul Haq – Rahmat dari zat Allah yang Maha Benar
  4. Faidh Rabbani – Memiliki limpahan kekayaaan Allah
  5. Fairuz Hibatullah – Permata yang berkilau
  6. Faiz Nur Huda – Pemenang cahaya petunjuk
  7. Faisal Umamul Hakim – Penguasa yang bijaksana
  8. Fashihurrahman – Pandai berbicara
  9. Fathi Dhiya Zhafar – Pembuka cahaya kemenangan
  10. Fauzi Abdillah – Hamba Allah yang memiliki keunggulan

Nama Anak Lelaki Huruf G

  1. Ghalib Abdul Hafiz – Hamba yang mampu memperoleh kemenangan
  2. Ghaffar Abdul Hamid – Suka memaafkan dan hamba Allah yang Maha Terpuji
  3. Ghani Hasib – Berketurunan mulia dan kaya
  4. Ghani Abdul Wahab – Lelaki kaya dari Allah yang Maha Pemberi
  5. Ghazaly Ibni Dzakir – Punya daya ingatan yang kuat
  6. Galib Munawwir – Unggul dan bercahaya
  7. Ghani Marwan Hanan – Kaya yang lurus dan mendapat kurnia
  8. Ghani Yazid Khairy – Kekayaan yang semakin bertambah
  9. Ghufran Sajid Taisir – Orang yang bersujud kepada Allah
  10. Ghaffar Arifuddin – Orang bijaksana yang soleh

Nama Anak Lelaki Huruf H

  1. Habbab Ad-Din – Yang mengasihi dan kecintaan terhadap agama
  2. Hadil Mahasin – Petunjuk jalan kebenaran
  3. Hafiz Amiruddin – Pemelihara dan pemimpin agama
  4. Hadziq Khairul Ihsan – Pandai dalam berbuat kebaikan
  5. Hafizhul Furqan – Orang yang telah menghafal al-Quran
  6. Hakim Haidar – Hakim yang bijaksana
  7. Hamdun Karim – Lelaki mulia dan mendapat pujian
  8. Hakam Mukhlis – Hakim yang jujur
  9. Haikal Kamil – Menjunjung tinggi kesempurnaan
  10. Harisul Amwal – Penjaga harta

Nama Anak Lelaki Huruf I

  1. Ibni Humam – anak lelaki yang berani dan bercita-cita tinggi
  2. Ibni Rafif – anak yang berakhlak baik
  3. Ihsan Muhammad – mempunyai kebaikan dan amat terpuji
  4. Ihsanul Amir – Kebaikan pemimpin
  5. Imran Adib al-Hakim – Pemimpin yang beradab dan bijaksana
  6. Isyah Wafiyah – Kehidupan yang sempurna
  7. Izzudin Islam – Kemuliaan agama islam
  8. Irfan Maulana – Punya ilmu pengetahuan dan kehormatan
  9. Irhab Qushayyi – Berfikiran tajam dan jauh
  10. Irsyad Fadil – Petunjuk kebaikan

Nama Anak Lelaki Huruf J

  1. Jalil Syarif – Orang terhormat, mulia dan memiliki kekuasaan yang besar
  2. Jabil Rijal – Pembawa khabar gembira
  3. Jabir Fakharuddin – Pemberi keamanan dan kebanggan agama
  4. Jawahir Barraq Asyraf – Permata yang indah, mulia dan berkilau
  5. Jamil Ibni – Tampan dan gagah
  6. Jamalul Lail – Malam yang indah
  7. Jawad Khalaf Muhabah – Anak yang baik, pemurah dan kasih
  8. Junaid Waliduddin – Pasukan pelindung agama
  9. JUman Anwar Alam – Mutiara vahaya dunia
  10. Jamal al-Badrun – Tampan laksana bulan purnama

Nama Anak Lelaki Huruf K

  1. Kafi Lukman Hakim – mencukupi laksana Lukman al-Hakim yang bijaksana
  2. Kamaluddin Azbin – Simbol kesempurnaan agama yang suci
  3. Kamal Bahir – Kesempurnaan yang bersinar terang
  4. Karim Ahmad Muzaffar – Murah hati, terpuji dan meraih kemenangan
  5. Khairul Anis al-Khalish – Sebaik-baik rakan yang ikhlas
  6. Khalil Rahman – Kesayangan Allah
  7. Khalid Sadiq Abrar – Kejujuran dan kebenaran yang abadi
  8. Khaliqul ‘Alam – Pencipta alam semesta
  9. Khasyi Zuhdi – Kusyuk dalam solat dan zuhud
  10. Khalaf Khalil – Anak yang baik dan menjadi kesayangan

Nama Anak Lelaki Huruf L

  1. Labib Hakim – Pemimpin yang berakal dan cerdik
  2. Latif Nur Rahman – Lembut dan mendapat cahaya dari Allah
  3. Lathif Shafa Firdaus – Syurga yang jenih dan penuh dengan kelembutan
  4. Lukman Abdul Hakim – Orang yang bijaksana
  5. Luthfi Hakim – Hakim yang ramah
  6. Luqmanul Hakim – Adil dan bijaksana
  7. Lukman Hakim Khafi – Bijaksana dan tersembunyi
  8. Luthfi al-Huwaidi – Halus dan kembali kepada yang benar
  9. Labib Ikbar Rabbani – Cerdas, arif dan soleh
  10. Labib Mushtafa Kamil – Cerdas dan pilihan yang sempurna

Nama Anak Lelaki Huruf M

  1. Maklum Ikhamu Hamudullah – Memiliakan dan memuji Allah
  2. Makruf Sirajuddin – Dikenali dengan kebaikan dan sebagai penerang agama
  3. Mahdiyatullah – Memperoleh petunjuk Allah swt
  4. Majdi Kamaluddin – Mulia dan mempunyai kesempurnaan dalam agama
  5. Mahmud Ziyaduddin – Terpuji dan memiliki kelebihan dalam beragama
  6. Manaf Irfanul Hakim – Bijaksana dan mempunyai ilmu yang tinggi
  7. Maulud Bakri Aziz – Dilahirkan pada pagi hari yang agung
  8. Mazruil Hasan – Dibekalkan dengan kebaikan dan keberkatan
  9. Mudzaffar Ridhallah – Mendapat kemenangan yang diredhai Allah
  10. Muhammad Aatik Salam – Sangat terpuji, pemurah dan selamat

Nama Anak Lelaki Huruf N

  1. Nabih Basyir – Cerdas, mulia dan penghantar berita gembira
  2. Nabil Iskandar Fayyadh – Nama raja yang cerdik dan murah hati
  3. Na’imullah – Rahmat Allah
  4. Nabhan Zulfadhli – Pahlawan yang mempunyai kelebihan
  5. Nafis Ahmad Makruf – Bernilai, terpuji dan penuh kebaikan
  6. Najid Muslimin – Orang Islam yang gagah berani
  7. Najid Mirza Ukail – Baik, gagah dan pandai
  8. Najid Abdulllah Hakim – Hamba Allah yang gagah berani dan bijaksana
  9. Najid al-Faris Haidar – Penunggang agama yang berani
  10. Nashiruddin – Pembela agama

Nama Anak Lelaki Huruf O

  1. Omar Alaudin – Anak sulung, kemuliaan agama
  2. Omar Raif – Anak sulung yang penyayang
  3. Omar Ihsan – Anak sulung, kebaikan

Nama Anak Lelaki Huruf Q

  1. Qaid Jamail – Pemimpin perang yang tampan dan gagah
  2. Qaid Bazil Amin – Pemimpin yang pandai dan amanah
  3. Qabus Haidar – Orang yang gagah dan berani
  4. Qari Ahnaf – Lelaki pembaca al-Quran yang berpegang tugah pada ajaran agama
  5. Qutub Mufzal – Bintang yang anak mulia
  6. Qutb Kaazim – Pemimpin yang sabar
  7. Qosim Silmi Abrar – Suka berkongsi dan memberi kebaikan
  8. Qawiyyul Aziz – Yang kuat dan perkasa
  9. Qashidul Haq – Utusan yang Maha Benar
  10. Qamaruddin Rafi – Bulan agama yang sangat tinggi

Nama Anak Lelaki Huruf R

  1. Rabbani Ghafurur Rahim – Bertuhankan Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang
  2. Rabih Muntashir Jamil – Tampan, Beruntung dan beroleh kemenangan
  3. Rabihur Rahman Kabir – Beroleh keuntungan besar dari yang Maha Pengasih
  4. Rafie Ahmad – Yang mulia dan terpuji
  5. Rabiul Awal Muniran – Dilahirkan pada bulan Rabiulawal yang cahayanya bersinar
  6. Rafif Shafy – Yang boleh menjadi sahabat, berakhlak mulia
  7. Rafif Karimul Haq – Bermoral baik, mulia serta berbicara perkara yang benar
  8. Rahmatullah Thahir – Lelaki yang bersih, mendapat rahmat dari Allah swt
  9. Raif Anaqi – Penyayang dan menawan hati
  10. Raisul Wizarah – Perdana menteri, ketua, pemimpin

Nama Anak Lelaki Huruf S

  1. Sadad al-Wafa – Selalu bertindak tepat dan menepati janji
  2. Saadat Rijal Hassan – Keberuntungan naka lelaki yang baik dan tampan
  3. Saddam Husein – Penguasa yang perkasa dan baik
  4. Said Afkar – Buha fikiran yang berbahagia
  5. Sahar al-Hasan – Lelaki baik yang lahir pada waktu sahur
  6. Sadidul Iman – Mempunyai keyakinan yang benar
  7. Saiful Mulk – Pedang kerajaan
  8. Saiful Hadziq Afif – Kecerdasan yang tajam dan sentiasa menjaga kesucian diri
  9. Saifuddin Ahmad – Terhormat dan sebagai pembela agama Allah
  10. Salam Syamil – Damai jiwa dan raga

Nama Anak Lelaki Huruf T

  1. Tahir Imaduddin – Suci dan menjadi penegak agama
  2. Tabliq Akramah – Nama sahabat nabi yang menyiarkan agama Allah
  3. Tahmid Rijal – Anak lelaki yang suci murni, sederhana
  4. Tajuddin al-Baihaqi – Lelaki mulia dan nama salah seorang perawi hadis
  5. Tamim Haidar Falah – Berjaya, Sempurna ciptaannya
  6. Tajuddin Nafis – Menjaga kehormatan agama yang berharga
  7. Taufiq Rahman – Mendapat pertolongan daripada Allah yang Maha Pengasih
  8. Taqiuddin Jayyaid – Bertakwa akan ajaran agama Allah
  9. Thaha Ahmad Jayyid. Terpuji dan baik. Nama surah dalam al-Quran
  10. Thoyyib Ulumuddin – Baik dalam ilmu agama

Nama Anak Lelaki Huruf U

  1. Ubaid Alif – Hamba Allah yang lembut dan ramah
  2. Ubaid Fawaz Fatih – Hamba Allah yang sellau mendapat keberuntungan dan kemenangan
  3. Ubaidillah al-Wajdi Majid – Hamba Allah yang kaya dan mulia
  4. Ulul Albab – Orang yang cerdas dan berpengetahuan
  5. Ulwan Kamil – Ketinggian yang jelas dan sempurna
  6. Ulwan Mashrullah – Berdarjat tinggi dan mendapat pertolongan Allah
  7. Umar Kamil – Nama sahabat nabi. Kehidupan yang sempurna
  8. Uthman Fawaz Fatih – Nama sahabat Nabi dan pemimpin Islam. Memperoleh keberuntungan dan kemenangan
  9. Umar Imam Hakim – Seumpama Umar ra, pemimpin yang bijaksana
  10. Uthman Siddiq – Yang berlalu berkta jujur

Nama Anak Lelaki Huruf W

  1. Wabil Shadiq Tamam – Tutur kata yang tulus dan ikhlas
  2. Wahid Farras -Anak tunggal yang cerdas dan tajam akal fikirannya
  3. Wahid Irfan Kamal -Anak sulung yang berkeyakinan
  4. Wajih Zhafir – Bangsawan terhormat yang berjaya
  5. Walid Aswad – Anak lelaki yang hitam manis
  6. Wajdi Rijal – Anak lelaki kesayanganku
  7. Wazni Hakam – Hakim yang bijaksana, menimbang secara adil
  8. Wasim Nabil – Lelaki rupawan yang terhormat
  9. Walid Naufal – Anak lelaki yang dermawan
  10. Wazir Adham – Perdana menteri, yang besar dan lebih agung

Nama Anak Lelaki Huruf Y

  1. Yahya Farras – Nama Nabi, cerdas dan tajam akal fikirannya
  2. Yasir Amin – Yang mudah kaya dan boleh dipercayai
  3. Yaala Yamin – Kemuliaan yang tinggi
  4. Yaala Mujahid – Pejuang agama yang mulia
  5. Yahya Rafif – Nama nabi, hidup berakhlak baik
  6. Yusuf Hasam – Nama nabi yang tampan
  7. Yusuf Kamil – Nama baik, memiliki sifat sempurna yang baik
  8. Yusri Muhsin – Anak lelaki yang dermawan

Nama Anak Lelaki Huruf Z

  1. Zahid Araif – Penyembah Allah yang bijaksana
  2. Zahran Rasyad Musawwar – Laksana bunga yang dilindungi sebagai petunjuk jalan yang lurus
  3. Zainuddin Syamil Tsaqib – Memiliki kecerdasan yang sempurna
  4. Zainul Abidin – Kemuliaan dan keindahan hamba- hamba Allah
  5. Zhafran Munib – Orang yang menang, kembali ke jalan Allah
  6. Zulfadhli Walid – Mempunyai kelebihan, pemimpin yang rendah diri
  7. Zununur Rijal – Anak lelaki yang bercahaya
  8. Zulfan Qurunulbahri – Taman mutiara
  9. Zuhdi Faith – Pemimpin yang rendah hati
  10. Zamir Husain – Suara hati yang amat baik

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI