Acwell Licorice Toner Review Malaysia

My favourite toner so far – Acwell Licorice pH Balancing Cleansing Toner. Sudah berbotol dan banyak kali repurchase produk ini di Lazada / Shopee. Alhamdulillah, selesa dan enjoy. Apa yang paling aku gemar ialah, taip kali jerawat nak tumbuh, aku akan bubuh toner ini. Setakat ini, ia berkesan mengecutkan jerawat.

Baca: 1001 I Miss You Quote for Him and Her

Kebaikan Acwell Toner

Kebiasaannya, TONER atau juga dikenali sebagai penyegar ini digunakan selepas seseorang itu membersihkan wajah. Antara kebaikan, fungsi dan kepentingan toner ialah:-

  • Sebagai pelengkap kepada proses pembersihan kulit wajah. Ini kerana, kotoran mungkin ada yang masih bersisa di liang pori. Toner mampu menyerap dan membantu menanggalkan kotoran dengan lebih baik
  • Fungsi utama toner lain ialah, ia membantu mengecutkan liang pori-pori. Semakin kecil liang pori-pori, semakin halus kulit wajah seseorang itu.
  • Membantu menyingkirkan sel kulit mati. Oleh sebab itu penting untuk membeli dan menggunakan jenis toner yang bersesuaian dengan kulit muka. Jika kulit muka mempunyai masalah jerawat, beli toner yang mengandungi acid. Manakala jika punya masalah kulit kusam, beli toner yang mengandungi kologen atau hyaluronic acid.
  • Kebanyakan pembersih wajah bersifat alkali. Oleh yang demikian, toner berfungsi untuk menseimbangkan pH selepas dicuci
  • Toner = Penyegar. Jadi, pemakaian toner yang konsisten membantu membuatkan kulit wajah kelihatan segar.
  • Penggunaan Toner yang kerap boleh mengurangkan kadar pertumbuhan jerawat pada muka.
Acwell Licorice Toner Review Malaysia

Pada harga sekitar RM40 – RM49, boleh dapat botol bersaiz 150ml. Tapi ada botol bersaiz lebih besar. Harga lebih berbaloi. Sangat mudah untuk didapatai di mana-mana toko online. Harga pun berbeza-beza. Tinggal pilih sahaja seller mana yang berkenan dihati.

Baca: Missha Time Revolution The First Treatment Essence Rx – Msia Review

Acwell Licorice pH Balancing Cleansing Toner Ingredients

Water, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Water, PEG-6 Caprylic/Capric Glycerides, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Dipropylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Poloxamer 184, Phenoxyethanol, Rheum Palmatum Root Extract, Psidium Guajava Leaf Extract, Rosa Hybrid Flower Extract, Camellia Sinensis Leaf Extract, Perilla Ocymoides Seed Extract, Poncirus Trifoliata Fruit Extract, Citrus Aurantium Bergamia (Bergamot) Fruit Oil, Sodium Citrate, Disodium EDTA, Citric Acid, Tocopheryl Acetate, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Paeonia Albiflora Root Extract, Cimicifuga Dahurica Root Extract, Pueraria Lobata Root Extract

Toner ini dirumus khas untuk mereka yang berkulit sensitif. Tapi aku yang mempunyai kulit kombinasi pun selesa memakainya. Entah kenapa, aku memang suka pakai produk untuk kulit sensitif. Sebab lebih selamat dan bahan kandungannya lebih meyakinkan.

Teksturnya cair dan mudah meresap pada kulit muka. Cara penggunaan toner yang aku amalkan ialah kadang guna cotton dan kadang sekadar guna tangan sahaja. Kalau guna cotton, memang akan nampak kesan ‘daki’ dan kotoran melekat pada cotton.


acwell toner review malaysia, acwell licorice toner reviews, acwell licorice toner review malaysia, kebaikan acwell toner,acwell toner review malaysia, best balancing toner,acwell licorice toner where to buy,licorice ph balancing cleansing toner,

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI