ADVENTURELAND – DISNEYLAND HONG KONG PART 1

page1

Salah satu tempat Favorited aku di Disneyland Hong Kong ini ialah Adventureland. Tak tahu kenapa. Very the jungle kot hahaha. FYI, disini terdapat 5 attractions yang pengunjung boleh pergi.

 page2

Tapi kitorang hanya sempat merasa 2 tempat sahaja kot iaitu Rafts to Tarzan’s Treehouse dan juga Tarzan’s Treehouse. Time nie, kitorang sangat lapar dan memang tak larat dah nie. Tak sabar nak makan di Restoran Makanan Halal yang ada disini.

Sedih cz aku tak dapat nak merasa Jungle River Cruise dan juga Liki Tikis. Sentap yang amat huuuu. Teringin sangat tengok keindahan ‘hutan’ buatan yang ada disini. ada beberapa patung batu yang diorang letak kat situ. Nampak macam real je. Aku hanya dapat tengok dari jauh je huuu.

page4

Sesuai dengan konsep adventure-nya, tempat ini dihias ala ala hutan. Yup, aku seronok dengan konsep yang dibawakan oleh Disneyland disini.

page3

Aku pun sempat singgah buang air kecil di adventureland ini. Memang bersih dan terjaga dengan baik. Agak susah OK nak jumpa tandas yang bersih di mana mana theme park. Hancing sokmo. Tapi di Disneyland ini lain. Diorang memang betul betul jaga kualiti dan standard yang terbaik untuk pengunjungnya. Cuma yang kureng tu, tandas tiada paip air hahaha. Pengsan banyak kali.

page3

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) dan  Google +

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI