ADVENTURELAND – DISNEYLAND HONG KONG PART 2

page2

Tarzan’s Treehouse ini terletak di sebuah pulau. Kalau nak datang sini memang kene naik ala-ala perahu tambang diorang. Nampak macam best je kan? hihi Rasa lucu pun ada jugak. Semata mata nak masuk ke Treehouse ini, terpaksa naik rakit / perahu tambang tu. Matilah.

page5

Nasib baik tak beratur panjang sangat untuk naik perahu tambang ini huhu. So, kitorang layankan sahaja. At least merasa jugak lah kan? haha

page6

page1

Dah nama pun Tarzan’s Treehouse kan? So, apa lagi yang ada kat sini? Of cz its all about tarzan. Disini diorang mempamerkan sejarah hidup dan watak watak dalam cerita tarzan. Ala-ala kisah hidup tarzan dari kecil sampai besar lah camtu. Pastu, siap ada bilik tarzan, harimau bintang. Aku tengok, dah macam persis kat dalam cerita tarzan pun ada jugak. Memang kreatif betul diorang build jenama tarzan ini.

page4 page7 page8

Cantik dan kreatif bukan? Oh, treehouse ini diorang buat daripada batu rupanya. Dari jauh memang nampak macam betul.

page9 page10

Tatkala aku jejakkan kaki disini dan menikmati ‘penceritaan’ yang diorang buat pada treehouse ini, ia betul betul buat aku terkenang kembali saat aku masih kecil. Ayat poyo bukan? Tapi itulah kenyataannya. Betul betul touching dan buat aku berangan jap.

Oh, rindu pada zaman kanak kanak aku.

page11 page12

Nak dijadikan cerita, adalah anak mat salleh ini dok EXCUSE ME, EXCUSE ME, EXCUSE ME bagai. Rasa macam nak sepak je budak kecik nie. Huh, nyampah. Ko ingat, ko je yang nak tengok pemandangan / bahan pameran yang ada disini ke? Haruslah aku dok menyempit nyempit kat dia terus kan???? huh!!

page13

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) dan  Google +

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI