Hujung minggu yang mendamaikan. Aku tak sangka dan tidak menjangkakan yang trip 4 hari 3 malam aku ke Langkawi hanya tinggal berbaki beberapa hari sahaja lagi. Pastu tak fikir lagi nak pergi ronda ronda ke mana. Acaner tu?
Jadi, aktiviti hujung minggu aku pada kali ini ialah menghadap internet sampai pengsan untuk mencari info info berguna untuk trip ke Langkawi nanti. Pada masa yang sama, aku dok menunggu ibu kucing si Cici Esmidar Gonzales ini beranak. Terasa lama benar dan kesuntukan masa dah ini. Bayangkan kalau dia beranak time aku tiada. Kan ke naya tu? Siapa yang nak uruskan? Makcik tu bukannya reti nak putuskan tali pusat +++++. Rasanya segala macam urusan beranak dia yang lepas, aku yang uruskan. Makcik tu lemah semacam. Tak ada tenaga langsung lepas siap beranak. Pengsan.
Ada beberapa perkara yang akan aku ambil kira sepanjang trip ke Langkawi ini :-
- Tempat menarik di Langkawi
- Tempat makan sedap di Langkawi
- Aktiviti menarik di Langkawi
Selain daripada itu, boleh KIV kot hal hal lain macam nak beli apa and bla bla bla. Oleh kerana aku bukan seorang pencinta chocolate yang tegar, so memang aku abaikan je lah pasal beli chocolate hahaha. Ak prefer nak beli periuk belanga bagai. Nyum nyum. Aku memang pencinta periuk pinggan mangkuk segala macam hahahaha. Especially yang stick and cute ahaks. Memang suka tukar tukar periuk belanga pun 🙂
FYI, ini adalah kali ke 2 aku pergi ke Langkawi. Untuk kali yang pertama atas urusan kerja, kali ini memang fully jimba jimba. Jadi, memang kene menghargai peluang ini sepenuhnya. Sentap!