AKU TERPEDAYA DI PERODUA SERVICE

image

Hari ini aku pergi Perodua Service Jalan Reko nie. Dok major service kereta kat sini plak katanya huhu. Ini.kali kedua aku service kat sini. Lebih aman, tenang dan damai sepoi sepoi bahasa camtu. Pengsan

Aku datang awal sedikit hari ini cz saja nak tengok keadaan traffic jam kat SILK Highway pada waktu pagi. Masyaallah, memang sesak nak mampus untuk jalan menghala ke arah Putrajaya / Puchong. Nasib baik aku melawan arus. Mesti tension je kan orang yang dok terpaksa meredah kesesakan tu. Cant imagine tahun depan aku akan join diorang. Sujud syukur terus.

Aku datang terlebih awal rupanya ke Perodua Service ini. Rupanya diorang buka pada jam 8.30 pagi rupanya. Terpaksa menunggu jap sambil layan Klasik FM. Boleh?
image

Kiranya, akulah orang pertama yang datang pada hari itu. Masuk masuk je, hati berbunga bunga bak bunga sari pagi. Boleh? Cz aku nampak kat papan kenyataan diorang tu. Nama aku ada dan aku dapat diskaun. Dalam hati aku, terus tumbuh banyak bunga bunga hihi. Aku major service hari ini, so mesti aku akan dapat pengurangan / diskaun.? Boleh?

Tapi harapan tinggal harapan. Rupanya diskaun yang diberikan tu hanya untuk charge pekerja sahaja. Oh sentap. Hancur luluh dan gugur sekeping sekeping kuntum bunga yang baru nak mekar tadi tu jatuh ke tanah!.

image

So, aku dapat diskaun area 40 hinggit camtu. Mau terbang 500 hinggit jugaklah hari ini. Pengsan.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI