ALERGI

Aku alergik? Rasa macam tak percaya ajer kan? Aku sendiri tidak pasti kenapa aku boleh alergik. Sejak aku tinggal di Putrajaya ini, aku seakan terkena panggilan ‘alergik’ – tak boleh berpeluh dan makan ayam goreng segera.

Hairan.. Semasa aku duduk di KL dulu aku tak pula kene menda menda pelik cmnie. Pada awalnya aku ingat, aku terkene buatan orang atau didampingi oleh makhluk halus etc. Tapi aku tak ada bukti atau petunjuk yang mengiyakan telahan aku ini. Jadi, apa boleh buat.. Biar masa yang bagi aku jawapannya.

Dulu, pantang aku balik lewat cikit..mesti ada je merah merah dibahagian punggung or celah celah bagai or perut. Pantang berpeluh..

Hampir 10bulan lebih aku alami alergik macam ini. Hurmmm.. Tak boleh makan ayam segera yang diasak sendiri di rumah.. Tak boleh berpanasan atau berpeloh.

La ni, ubat alergik dan gatal2 tu pun dah habis. Tinggal ubat sapu je. Apa boleh buat. Usia makin meningkat dan aku rasa aku perlu menjaga kesihatan dan keremajaan aku… Pengsan

Apapun…dalam kehidupan harian, kita sering mendengar atau bahkan pernah mengalami simptom simptom benjolan kulit yang gatal serta tersebar di atas permukaan tubuh..iaitu beberapa ketika selepas makan sesuatu makanan. Apa yang pasti, simptom seperti inilah yang turut terjadi kepada aku. Sedih

Tubuh manusia memiliki satu rangkaian mekanisma pertahanan yang fungsinya antara lain adalah untuk menjaga kesihatan kita. Salah satu mekanisme tersebut dikenali sebagai sistem imunisasi. Secara ringkasnya, sistem ini bekerja apabila sesuatu bahan asing seperti bakteria dan virus memasuki tubuh. Sistem ini kemudiannya akan mengenalpasti protein khusus dari bahan asing yang menyerang itu dan membuat atidot (zat penawar). Zat kimia penawar untuk pertahanan yang dihasilkan oleh tubuh kita disebut antibodi. Sedangkan protein asing yang akan diserang dan dilumpuhkannya disebut antigen.

Kelemahan sistem pertahanan tubuh kita ini harus menemui dua protein asing (antigen) sebelum sistem ini dapat menghasilkan pertahanan terhadapnya (antibodi). Dengan kata lain, kita harus diserang terlebih dahulu sebelum kita dapat melawan. Sebagai contoh, jika terkena virus campak tubuh tidak akan begitu bermasalah,tapi masalah akan menjadi rumit/serius jika tubuh berhadapan dengan penyakit yang serius seperti cacar atau difteri. Pada dasarnya, mereka yang selamat dari kesan berbahaya ini adalah hasil daripada sistem kekebalan/pertahanan mereka yang bekerja cepat dan memproses antibodi dalam waktu singkat.

Debu, serbuk sari, spora, makanan dan bahan yang pada dasarnya tidak membahayakan dapat bertindak sebagai antigen pada orang tertentu. Bahan-bahan tersebut memasuki tubuh melalui paru-paru atau saluran pencernaan dan kemudiannya masuk ke dalam jaringan pertananan tubuh. Daripada situlah mereka merangsang pembentukan antibodi.

Dengan kata lain, mungkin aku perlu minum lebih antigen, susu atau sesuatu yang berprotein. Pengsan