ANAK KUCING PARSI USIA 21 HARI

Anak anak kucing parsi aku sudah berusia 21 hari 🙂 Syukurlah semuanya selamat setakat ini. harapnya kesihatan ibu dan anak kucing ini akan sokmo baik baik belaka hendaknya nanti ahaks. Dek kerana diorang ini aku letakkan ke dalam satu bilik khas, so aku tak pening kepala lah kalau mak dia nak hangkut anaknya kesana sini. Nak ubah tempat pun still kat dalam bilik tu juga 🙂

Baka diorang ini jenis yang kecik comel je. So, even nak masuk usia sebulan pun macam tak percaya kan? Same goes to kakak-kakak diorang sebelum ini. Asalnya memang risau jugak kenapa diorang ini kecil sangat. Rupanya memang bakanya macam tu. FYI, bapak diorang ini pun sama macam kakak kakak diorang sebelum ini. Senang, deal dengan kucing jantan yang sama hahahaha.

Haiiiii, kalau anak yang sulong haritu hidup, mesti dia pun akan membesar sihat comel macam diorang ini kan? Rezeki dapat anak 3 ekor je. Syukurlah. Maybe lebih senang nak handle kot cz kalau anak kucing ramai sangat nanti susah mak dia nak bahagikan susu badan. Karang ada yang sibuk beli susu kotak macam sebelum ini hahaha.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI