ANAK KUCING – USIA SEMINGGU

Syukurlah….kerana dengan limpah dan kurniaNya aku dapat mengharungi 1 minggu ini berseorangan – menjaga Mummy Kucing (Puan Cici Esmidar Gonzales ) daripada sebelum beranak kepada beranak terus. Melahirkan 4 ekor baby kucing comel (kombinasi warna orange, putih dan kelabu). Jantina? Aku tak check lagi. huhu

Sekarang tanggungjawab makin besar. Nak menjaga dan membesarkan 4 ekor baby kucing parsi bukan senang. Aiiii…..bertambah sudah ahli keluarga di rumah ini. Ada 7 penghuni semuanya ahaks. Pengsan 10 kali

Lepas ini mesti sibuk memikirkan bagaimana nak menjadikan bilik kucing ini sentiasa ceria dan harmoni untuk kucing kucing ini. Nak kene fikirkan barang permainan bagai. Nak kene siapkan some playground untuk baby baby ini. Yang penting lagi……nak namakan apa baby baby kucing ini 🙂

Dalam usia seminggu..macam macam perancangan diatur ahhahaa. Aku pula semakin memperkembangkan perancangan blog mykeledek ini. Buat business online secara kecil kecilan. Colloborate dengan kawan kawan. So far, kami fokus kepada produk D’Herbs, Anugerah dan KLink. Akan datang besar kemungkinan produk Sunnah (Habatusauda / Delima / Kurma) akan menyusul. Business kain tetap berjalan. Insyaallah bulan depan (tahun depan) akan beli stok di Ho Chi Minh. Semoga semuanya berjalan lancar.

Sedikit demi sedikit..aku juga belajar ilmu berblogging (SEO) ini. Belajar sendiri je u ollzzz. Sekadar nak menambah nilai diri sendiri. Nak mengharapkan kerjaya sedia ada. Sampai bila nak berkembang? Ye tak? Cari sebanyak mana peluang.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI