Apa Harapan Saya Untuk Bajet 2016

Apa Harapan Saya Untuk Bajet 2016 – Bajet tahunan yang pada pandangan saya, ditunggu-tunggu oleh segenap lapisan rakyat dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu. Apatah lagi dengan kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Menurut tiga agensi penarafan dunia berpangkalan di AS iaitu Fitch Ratings, Moody’s dan Standard & Poor’s, aterdapat tiga faktor kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) :- Apa Harapan Saya Untuk Bajet 2016

  • Pengukuhan dolar AS – dijangka, negara itu akan menaikkan kadar faedahnya,
  • Kelembapan ekonomi negara perdagangan utama Malaysia iaitu China
  • Kejatuhan harga minyak dunia (Malaysia adalah pengeksport minyak bersih)

Apa Harapan Saya Untuk Bajet 2016

Apa Harapan Saya Untuk Bajet 2016

Kejatuhan harga minyak dunia merupakan antara faktor utama ketidaktentuan keadaan semasa ekonomi dunia ketika ini. Malah disebabkan faktor ini, jumlah dividen yang akan diterima oleh kerajaan daripada Petronas pada tahun depan cuma RM9 bilion berbanding RM26 bilion tahun ini.

Kerinchi.com : Senarai Harga Produk Marine Essence

Pengurangan jumlah dividen Petronas sehingga RM15 bilion itu sudah tentu menjadi cabaran kepada kerajaan untuk bajet tahun 2016 nanti.

Berdasarkan dua pembentangan bajet sebelum ini dianggarkan peruntukan perbelanjaan mengurus dan pembangunan untuk Bajet 2016 adalah antara RM260 bilion sehingga RM280 bilion.

——->>> Bajet 2015 –  peruntukan keseluruhan bajet adalah sebanyak RM273.9 bilion (perbelanjaan mengurus sebanyak RM223.4 bilion dan  perbelanjaan pembangunan sebanyak RM50.5 bilion)

Apa pun situasi yang berlaku ketika ini, kerajaan dilihat mampu menyediakan satu peruntukan yang cukup bagi manfaat rakyat secara keseluruhan dalam Bajet 2016 melalui cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang telah diperkenalkan pada 1 April lalu yang disifatkan sebagai lebih dinamik. Ada kewajarannya cukai enam peratus itu dikuatkuasakan terutama bagi meningkatkan semula pendapatan kerajaan sekali gus dikembalikan semula untuk faedah rakyat. Apa Harapan Saya Untuk Bajet 2016

GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH DAN SEDERHANA

Bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana, isu yang paling dekat dengan mereka ketika ini adalah kenaikan kos sara hidup ekoran peningkatan pelbagai perbelanjaan harian.

Langkah tertentu perlu diberikan perhatian serius agar beban kehidupan rakyat dapat dikurangkan lebih-lebih lagi dengan kenaikan kadar tol melibatkan 12 syarikat konsesi lebuh raya yang baru sahaja diumumkan pada 15 Oktober lalu.

Sebagai contoh, saya yang menggunakan Lebuh Raya SILK dan BESRAYA untuk ke pejabatnya di Sungai Besi setiap hari kini terpaksa membayar tol sebanyak RM4.60 berbanding RM7.60 sebelum ini. Sudah pasti ini memberi kesan kepada perbelanjaan harian kepada orang seperti saya.

Mahu tidak mahu semua pihak termasuk kerajaan perlu mengakui keadaan yang berlaku itu dan sewajarnya Bajet 2016 mampu memberikan harapan kepada rakyat dalam usaha mengurangkan kos sara hidup. Apa Harapan Saya Untuk Bajet 2016

Pada pandangan saya, dalam isu kenaikan kos sara hidup, golongan yang paling terkesan ialah yang berpendapatan sederhana khususnya yang tinggal di bandar. Golongan ini yang sering menggunakan tol, membayar cukai pendapatan, menggunakan petrol, membayar pinjaman kenderaan, rumah, yuran penjagaan anak dan tadika, perbelanjaan persekolahan, kolej dan universiti.

Berbanding golongan berpendapatan rendah yang sentiasa mendapat ‘sentuhan’ secara langsung dalam setiap pembentangan bajet – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), layak memiliki Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) serta beberapa bantuan lain.

Golongan berpendapatan sederhana tidak mendapat bantuan secara langsung – tidak menerima BR1M, tidak boleh memohon rumah PPR atau PPRT.

Justeru, besarlah harapan golongan berpendapatan sederhana seperti saya untuk mendengar beberapa pengumuman yang boleh menggembirakan mengurangkan beban ( sedikit sebanyak )pada bajet kali ini. Apa Harapan Saya Untuk Bajet 2016

RUMAH MAMPU MILIK

Isu pemilikan rumah pertama dalam kalangan golongan sederhana juga perlu diberikan perhatian. Harga rumah ketika ini terlalu mahal dan tidak sepadan dengan jumlah pendapatan mereka setiap bulan. Projek rumah mampu milik seperti PR1MA perlu diperkasa dan diperbanyakkan lagi.

Kajian telah membuktikan, harga rumah di negara ini sangat tidak mampu dimiliki. Harganya sangat mahal berdasarkan piawaian antarabangsa iaitu 4.4 kali lebih tinggi berbanding purata gaji tahunan sebenar rakyat Malaysia.

Apapun, sama-sama kita nantikan pengumuman Bajet 2016 nanti.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI