Apa Hukum Perbuatan Suami Meliwat Isteri – Seks Anal

Seorang suami berhak untuk berlazat-lazatan dengan ‘merasai’ seluruh anggota tubuh isterinya. Begitulah juga sebaliknya. Dengan syarat ia ia tidak menyakitkan, memudaratkan dan tidak dilakukannya melalui lubang bontot (dubur).

Firman Allah swt, maksudnya: Isteri - isteri kamu sebagai kebun tanaman kamu. Oleh itu, datangilan kebun kamu itu menurut cara yang kamu sukai. - Surah al-Baqarah 2 : 223
Apa Hukum Perbuatan Suami Meliwat Isteri - Seks Anal

Melakukan persetubuhan melalui lubang bontot atau perbuatan meliwat atau disebut juga sebagai seks anal merupakan satu perbuatan yang mengundang dosa besar sama ada dilakukan ke atas isteri sendiri ataupun orang lain.

Orang yang melakukannya hendaklah bertaubat dan menghentikan perkara ini dengan segera kerana perbuatan ini terkutuk dan dilaknat Allah.

Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: “Allah tidak merahmati lelaki yang menyetubuhi isterinya di bahagian dubur.”

Hadis Riwayat Abu Daud

Suami Meliwat Isteri

Berdasarkan kepada dalil diatas, menurut Dr Wahbah dalam karangan kitab Al-Figh al-Islami wa Adillatuh, mnyetubuhi isteri pada lubang duburnya adalah haram dan boleh dikenakan hukuman takzir sekiranya suami mengetahui hukumnya.

Walau bagaimanapun, pelakunya dimaafkan sekiranya perbuatan ini dilakukan secara tidak sengaja atau terlupa.

Melihat Kemaluan Pasangan

Namun, melihat kemaluan pasangan masing-masing hukumnya ada harus (sengaja atau tidak sengaja). Hal ini berdasarkan kepada dalil hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Mu’awiyah bin Haidah, Nabi Muhammad saw pernah bersabda, maksudnya:

"Peliharalah auratmu kecuali daripada isteri atau hamba-hamba sahayamu." - Hadis Riwayat Abu Daud

Melakukan Pelbagai Posisi Seks

Kitab Tafsir Ibn Kathir, menjelaskan akan kebenaran mendatangi isteri dalam sebarang posisi selagimana ia ditujukan ke dalam faraj isterinya. Misalnya, menyetubuhi isteri dari arah belakang hukumnya adalah harus.

Firman Allah swt, maksudnya: “Isteri-isteri kalian ibarat kebun tanaman kalian. Oleh itu, datangilah kebun tanaman kalian mengikut cara yang kalian sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kalian. Selain itu, bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah bahawa sesungguhnya kalian akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak) dan sampaikanlah khabar gembira, wahai Muhammad) kepada orang yang beriman”

Surah al Baqarah, ayat 223.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI