APA ITU GLUTATHIONE

APA ITU GLUTATHIONE ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI GLUTA?

  • GLUTATHIONE atau gluta, sejenis asid amino yang ada dalam hampir setiap organisma yang hidup di muka bumi. Gluta antara satu jenis antioksida paling berkesan bertindak mengumpul toksin di dalam organ penapisan iaitu limpa secara organik.
  • GLUTATHIONE merupakan anti oksida yang utama kerana ia melindungi tubuh badan daripada serangan penyakit dan melawan radikal bebas. Kandungan gluta didalam badan manusia akan berkurangan dan menurun adalah disebabkan pendedahan kepada pencemaran, tekanan perasaan, minuman beralkohol, merokok dan faktor pemakanan .
  • Toksin yang dikumpulkan secara organik itu dikeluarkan daripada badan menerusi proses perkumuhan secara berkesan. Gluta juga dikatakan berfungsi untuk melindungi kulit daripada kerosakan kolagen.
  • Gluta juga menjadi elemen penting untuk kesihatan keseluruhan dengan keupayaan gluta berupaya bertindak mencegah pembentukan melanin gelap sekali gus berfungsi sebagai ejen pemutih.
  • Selain itu, terdapat banyak kelebihan gluta untuk badan antara lain berupaya meningkatkan imunisasi badan, mencegah barah selain membantu melambatkan proses penuaan.
  • Kandungan gluta pula boleh meneutralkan radikal bebas, memulihkan sel rosak menyahtoksin dan juga meningkatkan prestasi antioksida yang lain. Secara tidak langsung, gluta menjadi bahan yang amat diperlukan untuk mendapatkan kulit cantik tanpa masalah.
  • Oleh itu, untuk mendapatkan kulit yang cantik dan menawan. Pastikan anda mengambil supplemen yang mempunyai Gluta.
  • Hampir Semua Produk Whitening Mempunyai Kandungan Glutathione.
  • Harga bukan penentu segala. Ianya bergantung kepada penerimaan individu. Yang paling penting jangan sekali-kali mengambil produk yang mempunya campuran bahan kimia, ianya boleh merosakkan kulit dan tubuh kita.
  • Pengambilan glutahione dengan cara berterusan akan membuat kulit semakin putih, menghilangkan jeragat,bintik-bintik hitam dan menjadi kulit anda cerah secara semulajadi. GLUTATHIONE juga akan membuatkan anda kelihatan 5 hingga 10 tahun lebih muda daripada usia anda yang sebenar.
  • Glutathione adalah protein yang mengandungi 3 jenis asid amino iaitu cysteine, glutamic dan glycine, yang pada kelazimannya dihasilkan oleh badan untuk mengatasi pencemaran udara, air yang di minum,bahan kimia dan racun serangga di dalam makanan yang di makan. Bahan-bahan ini boleh memusnahkan sel-sel didalam sistem tubuh kita.
  • GLUTATHIONE selalunya dipanggil sebagai “Master Anti-oxidant”..di dalam badan, molekul yang terbentuk oleh jalinan asid-asid amino dan anti-oxidant yang di hasilkan secara semulajadi oleh badan. Ianya telah diketahui secara meluas tentang kepentingannya untuk mengekalkan kesihatan dan jangka hayat yang panjang.
  • Bagi mereka yang sudah mencuba pelbagai produk dipasaran tetapi masalah jerawat,jeragat,bintik-bintik hitam dan kulit yang kusam dan tidak cerah akan menyebabkan anda merasa tertekan. Apa kata anda mengambil glutathione semulajadi yang telah di kapsul untuk membantu ada putih berseri,bebas jeragat,bebas jerawat dan nampak muda.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI