APA MAKAN MALAM DS NAJIB MALAM INI?

image

Lepas dok annoying tonton wayang kat TV3 jam 8 hingga 9 malam tadi, tetiba aku rasa bosan lak. Biasalah, kalau bosan tu selalunya memang nak kene mengunyah something. So, memang kene masak sesuatu yang ringkaslah gamaknya.

Dek kerana mood aku minggu ini ialah mengidam kat cekodok / jemput jemput, so aku masaklah cekodok huhu. Habiskan terus stok tepung gandum yang aku sendiri tak pasti bila aku beli hihi.

Simple je pun. Jz tepung letak inti bawang besar, sedikit garam dan ikan bilis. Tak menyempat nak bubuh bawang putih dan fishball cz minyak dah panas. Boleh hahahaha. Tak sampai 15, dah siap. Very the dapur bujang. Sambil sambil tu, aku masak 2 keping burger ramli. Hebat.

Secara tetiba, aku terfikir. Apa yang Perdana Menteri Malaysia DS Najib makan malam ini kan? Pada masa yang sama aku teringat kat cerita cerita tauladan pada zaman pemerintahan Islam dahulu. Ohhhh, bukan senang nak jadi pemimpin. Nauzubillah.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI