APPLE HOSTEL CHUNGKING MANSIONS HONG KONG

page1

Kitorang menginap di Apple Hostel yang terletak di ChungKing Mansions. Banyak faktor yang perlu difikirkan tatkala memilih lokasi penginapan dan after discuss dan study sana sini. Nah, inilah rate terbaik untuk kami hahaha. Kami stay selama 5 hari disini dan kos yang perlu dibayar ialah sebanyak HKD1966 macam tu. Kami book di HostelWorld.

Nak duduk di hotel memang tak mampu punya cz di sini kos hidup tinggi dan of cz apa apa hal yang berkaitan dengan tempat tinggal dan makanan pun akan jadi mahal punya. Jadi? duduk di Hostel adalah tempat yang paling sesuai. Ada banyak jenis hostel disini samaada hostel yang termasuk bilik air ataupun hostel yang ala ala asrama budak sekolah huhu. Semua tu bergantung kepada bajet dan keperluan masing masing macam mana.

Kami pilih hostel yang ada bilik air sekali. Tak larat nak share bilik air bagai dengan orang hahaha.

page2

Nama pun Hostel. Jadi, memang dah siap sedia dengan apa jua keadaan dan pemandangan kurang enak mengenainya. Sesuai sangat.

Datang datang je nak check in, kami disapa dengan makcik berbangsa filipina. Dok bang bung bang bung, akhirnya urusan check ini selesai. Pengsan. Makcik ini pun baik semacam dan ramah gitew. OK lah tu.

page3

 

Kemudian, dia tunjukkan di mana bilik kitorang. OMG, kecik ciput benor hahahahaha. Memang betul seperti apa yang orang kata di internet. Kene redha tabah dan bersyukur ahaks.

page4

page5

Hurrrmmmmm sabar je lah.

page6page7

 

Kami tak fikir panjang dan malas nak fikir akan kekecilan bilik itu. Terus kemas apa yang patut dan bersiap untuk ambil tiket Disneyland dan juga menuju ke The Peak. Oh Yeah.

Apapun, aku rasa nyaman dengan suhu dan cuaca di Hong Kong ini. Average ialah 19 – 20 darjah celsius. Oh, memang tak berpeluh langsung.

page8

Pengembaraan di Hong Kong akan bermula pada detik ini.

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) dan  Google +

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI