Asam pedas merupakan salah satu makanan kegemaran aku. Aku sendiri tidak tahu kenapa. Cz pada asalnya aku memang biasa biasa sahaja dgn menu ini. Lagipun mak aku kat kampung pun selalu juga buat menu asam pedas ini. Tapi sejak kebelakangan ini, since berkawan dgn orang melaka.. Selera aku makin lekat pula dgn menu ini. Pelik pun pelik juga.
Nak dijadikan cerita, kami terjumpa sebuah kedai yang kononnya turut menghidangkan asam pedas. Pengsan. Kedai Asam Pedas Mak Busu ini terletak di Cyberjaya iaitu berhadapan dengan Restauran Mat Ayam Kampung. Itu pun secara kebetulan kami pergi tapi Restauran Mat Ayam Kampung ini tutup. Jadi kami pun mencuba kedai ini pula.
Untuk percubaa kali pertama, kami order daging, ikan kembung dan ikan jenahak. PEDAS OK! Apapun aku yang memang suka makan pedas dan tahan pedas ini pun rasa tercungap cungap nak habiskan menda alah ini. Pengsan…tak terkata dan buat aku garu kepala sana sini. Pengsan lagi
Apa yang pasti masakan asam pedas di kedai ini memang pedas. Tapi pada masa yang sama aku prefer asam pedas yang berisi ikan. Aku rasa daging yang di order tu macam kenyal dan liat sedikit. Tak sesuai kot.
Bau belacannya pun kuat. Harus cuci bersih2 selepas makan. Baunya kuat.
Dari aspek yang lainnya pula.. Aku rasa kedai ini perlu buat beberapa pembaharuan mengenai kepelbagaian menu yang ada. OK tapi masih ada banyak ruang untuk diperbaiki.
Contohnya, aku suka akan konsep asam pedas kampung pandan. Pelanggan boleh memilih jenis ikan yang mahu dimakan secara fresh. Kemudian, boleh menambah jenis ulam ulaman atau sambal belacan atau telur dadar atau sayur kailan atau kangkung. Masak secara terbuka. Bagi aku, itu menimbulkan kepuasan yang berlainan kepada pelanggan.
Berbeza dgn konsep ayam kampung yang bagi aku menu menu yang ada sangat menggamit selera pelanggan…termasuk aku.
Tiada kepelbagaian. Jadi, secara puratanya, aku hanya akan singgah makan di kedai ini lagi mungkin selepas tiada lagi pilihan lain. Last choice