KURSUS PENGURUSAN PELANGGAN HARI 3

Hari ke tiga berkursus di INTAN.. Aku diajar cara berkomunikasi dengan bekesan, mystery shopping dan juga cara mengawal emosi. 1001 pengajaran dan pembelajaran baru telah aku perolehi daripada sesi ini.

Apa yang penting, aku dapat mengetahui cara dan bagaimana pengendalian mystery shopping. Itu yang paling penting. Yelah kot.. Di organisasi aku memang blur mengenai perkara ini. Selalu last minute mahu buat. Hairan aku πŸ™‚

Apapun, walau sudah 3 hari tidak masuk office.. Perkhabaran cerita makcik2 kantin tetap sayur sayur kedengaran πŸ˜‰ haruslah selalu update kan haha. Tapi apapun, aku malas nak masuk campur. Hanya dengar lihat dan senyum sahaja. What else? Sebenarnya aku rasa kecewa dengan susur galur dan pergaulan di office. Ada sahaja isu kecil yang mahu diperbesarkan. Isu terpencil lagi lah. Nak nak kalau itu kesalahan orang yang bukan kaum πŸ™‚ kuch kuch ho ta hei

Sedih..

Pada sesi petang hari ke-3 juga aku berpeluang untuk membuat mystery shopping di KTM Komuter Bank Negara dan Ibu Pejabat MARA. Pengalaman yan begitu berharga… Sistemnya mudah sahaja.

MEMILIH BUKU

Tak sabar rasanya nak merendek di Pesta Buku Antarabangsa di PWTC esok. Harapnya tahun ini akan dapat lebih ong dan memperoleh buku buku yang berkualiti dan baik. Ceeehhh… Walhal duit tinggal ciput je. Hahaha

Aku sebenarnya agak kecewa dengan mutu buku yang aku baca nie. Sekali imbas buku ini nampak menarik. Yelah kan, tajuknya pun nampak dasyat dan kulit bukunya pun menarik. Tapi selepas aku baca dan belek belek, rasa kecewa. Cara penyampaiannya memeningkan kepala aku. Ayat yang digunakan sukar difahami. Memang tak puas membaca + mengantuk.

Aiiii first time aku dapat buku yang macam ini. Belek belek, publisher nya pun tak famous lah pulak. Mungkin selepas ini aku perlu lihat dan lebih berhati hati dengan apa jua buku yang mahu dibeli. Apapun, so far aku amat berpuas hati dengan kuliti buku terbitan PTS dan Telaga Biru.

SUP URAT KETING BANGI

Aku bukanlah seorang penggemar makananan ekotik yang tegar. Dan aku pun tidak pasti samaada urat ketin ini boleh dikatogerikan sebagai makanan eksotik atau tidak πŸ™‚

Lokasi :Β Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor. Google Maps sahaja πŸ™‚

Takdir tuhan..aku diketemukan dengan tempat makan ini tatkala aku join jalan jalan cari makan dengan geng geng debat Su. Aku pulak, bukanlah seorang yang memilih sangat dalam bab makan ini. Main bedal sahaja. Lagipun makan ramai ramai..kira meriahlah jugak suasananya. Ahhh cerita lama tahun lepas. Sweet memory

Continue reading SUP URAT KETING BANGI

ASAM PEDAS MAK BUSU CYBERJAYA

Asam pedas merupakan salah satu makanan kegemaran aku. Aku sendiri tidak tahu kenapa. Cz pada asalnya aku memang biasa biasa sahaja dgn menu ini. Lagipun mak aku kat kampung pun selalu juga buat menu asam pedas ini. Tapi sejak kebelakangan ini, since berkawan dgn orang melaka.. Selera aku makin lekat pula dgn menu ini. Pelik pun pelik juga.

Nak dijadikan cerita, kami terjumpa sebuah kedai yang kononnya turut menghidangkan asam pedas. Pengsan. Kedai Asam Pedas Mak Busu ini terletak di Cyberjaya iaitu berhadapan dengan Restauran Mat Ayam Kampung. Itu pun secara kebetulan kami pergi tapi Restauran Mat Ayam Kampung ini tutup. Jadi kami pun mencuba kedai ini pula.

Untuk percubaa kali pertama, kami order daging, ikan kembung dan ikan jenahak. PEDAS OK! Apapun aku yang memang suka makan pedas dan tahan pedas ini pun rasa tercungap cungap nak habiskan menda alah ini. Pengsan…tak terkata dan buat aku garu kepala sana sini. Pengsan lagi

Apa yang pasti masakan asam pedas di kedai ini memang pedas. Tapi pada masa yang sama aku prefer asam pedas yang berisi ikan. Aku rasa daging yang di order tu macam kenyal dan liat sedikit. Tak sesuai kot.

Bau belacannya pun kuat. Harus cuci bersih2 selepas makan. Baunya kuat.

Dari aspek yang lainnya pula.. Aku rasa kedai ini perlu buat beberapa pembaharuan mengenai kepelbagaian menu yang ada. OK tapi masih ada banyak ruang untuk diperbaiki.

Contohnya, aku suka akan konsep asam pedas kampung pandan. Pelanggan boleh memilih jenis ikan yang mahu dimakan secara fresh. Kemudian, boleh menambah jenis ulam ulaman atau sambal belacan atau telur dadar atau sayur kailan atau kangkung. Masak secara terbuka. Bagi aku, itu menimbulkan kepuasan yang berlainan kepada pelanggan.

Berbeza dgn konsep ayam kampung yang bagi aku menu menu yang ada sangat menggamit selera pelanggan…termasuk aku.

Tiada kepelbagaian. Jadi, secara puratanya, aku hanya akan singgah makan di kedai ini lagi mungkin selepas tiada lagi pilihan lain. Last choice

PAMERAN IKAN DISCUS ANTARABANGSA KE 6

Tadi aku berkesempatan untuk pergi ke majlis Pembukaan / Perasmian Pameran Ikan Discuss Antarabangsa kali ke 6 di Kenangan Wholesales, Kuala Lumpur oleh YB Menteri berkaitan.

Walaupun hari baru lepas hujan, lucky semasa aku pergi tadi.. Jalan tak lah jem sangat. Kira OK je. Sedikit teruja juga nak pergi sini cz khabarnya Kenanga Wholesales ini popular dikalangan makcik2 untuk memborong segala macam pakaian. Apapun, ada aku kisah?

Continue reading PAMERAN IKAN DISCUS ANTARABANGSA KE 6