Dalam suasana tegang, pilu dan lara (konon), semalam secara tiba tiba hati aku tergerak untuk makan di luar. Oh, makan steak di Bangi pun Ok gak. Pada masa yang sama, aku try search D’One Steakhouse Bandar Baru Bangi yang pernah masuk JJCM. Hairan, aku tengok banyak review negative mengenai restauran ini. Sedangkan dalam JJCM tempat ini nampak mcm best je. Mungkin management sedikit lemah kot… Sedih
Author: dennis
KARI KEPALA IKAN BAWAL
Rasanya baru petang tadi aku buat entry mengenai resipi yang aku suka – Kari. Entah kenapa, secara tiba tiba aku ter-stop di depan kedai runcit area rumah aku. So, aku belilah serbuk kari baba’s untuk aku masak bersama dengan kepala ikan bawal + sotong + udang. So, aku masak dengan resipi ala-ala seperti di bawah ini :-
BELAJAR RESIPI
Ada beberapa resipi masakan yang aku teringin nak cuba buat.
AYAM PANGGANG
Biasalah, rumah aku ada aven. Aku beli pun cz aku dapat boucer jaya jusco. Tu yang aku sambar je oven nie. Kononnya sebagai pelengkap akhir barangan elektrik di rumah aku haha. Jadi, apa guna ada oven kalau tak digunakan ? Aku pun memang suka makan sesuatu yang pelik pelik. Sesuai lah dengan citarasa panggang memanggang
JOM MEMANCING
Hari ini aku sangat sangat bengang dengan office aku yang kelam kelibut ini. Aiiii… Bila la application aku akan dapat. Rasa macam nak blah je cepat cepat. Naik menyampah pula aku dengan semua perkara annoying ini. Putar belit alam betul… 🙂 lucu
Apapun, abaikan mereka.
Aku merancang untuk pergi jalan jalan ke Tasik Kenyir, Terengganu yg juga merupakan sebuah empangan yang mempunyai keluasan 260 000 hektar. Aku tak pasti apa pandangan orang sini atau orang luar terhadap tempat ini. Tapi bagi aku, tempat ini macam OK je. Lagipun, macam tau tau je kan aku berminat untuk buat research pasal Tasik Kenyir ini. Tup tup akhbar Kosmo buat rencana pasal tempat ini. Kira OK lah tu 🙂
4 PUNCAK BUKIT BROGA SEMENYIH
Aku sebenarnya baru sahaja balik dari Bukit Broga, Semenyih Selangor. Penat pun tak hilang lagi. Memang niat untuk datang ke sini memang dah lama. Yelah, ramai kawan kawan yang post dan update status mengenai tempat ini di laman sosial masing masing. As orang yang jakun, sudah semestinya aku tak mahu ketinggalan untuk mengalami sendiri pengalaman tersebut. Pengsan
Plan untuk mendaki Bukit Broga ini tercetus apabila housemate lama mengajak aku untuk pergi ke sana. Aku pun follow je lah kan. So, aku skip utk attent program Kak Rose hari ini semata mata untuk mendaki Bukit Broga. Gitew…
Asalnya kami plan mahu pergi seawal subuh. Tapi apakan daya, kita merancang tuhan yang menentukan. Housemate lama aku bangun lewat dan tersesat pulak tu. Pengsan..