Ayam Penyet Bandar Tasik Selatan

Kalau singgah di Terminal Bandar Tasik Selatan (TBS), korang makan kat mana? Pergilah ke medan selera yang terletak di tingkat atas. Macam-macam ada.

Macam aku, memang akan makan ayam penyet di Warisan Ayam Penyet sahaja. Menunya ringkas dan padat. Tidak terlalu renyah dan berat. Sesuai untuk makan dikala letih memikir urusan kerja.

Apa daya tarikan ayam penyet? Sedapnya terletak pada sambal dan keenakan ayam gorengnya. Semakin pedas, semakin sedap. Makan pula tatkala nasi tengah panas. Wowwww

Apa yang menghairankan, macam mana tiap kali order, ayam penyetnya sentiasa panas dan rangup. Hairan sebab sedap hahaha. Agaknya diorang panaskan guna oven kot.

Supnya agak simple tapi bagi aku, Okay je. Ala-ala sup kosong yang ringan.

Harganya berapa? RM7.90 kalau tak silap hihi. Murah dan sesuai untuk masyarakat marhaen dikawasan sekitar.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI