Ayam Penyet Kegemaran di Bangi

Alahai, lamanya tidak menyinggah makan di Restaurant Wong Solo Bangi. Rindu amat nak makan ayam penyet kegemaran hihi

Dulu, agak kerap juga makan ayam penyet di Wong Solo Bangi nie. Sengaja nak menjemukan diri. Sebab jauh dari rumah. Nak tak nak, kena makan kerap untuk buat rasa jemu di tekak jawa ini.

Tak pasti mengapa, rasa ayam penyet di Wong Solo Bangi ini agak berbeza berbanding dengan cawangan yang lain. Agaknya faktor tukang masak kot. I think the recipe adalah sama.

Rasanya masin pedas manis gitu. Ohhh melting sangat dengan rasa sambal merah dan sambal kicapnya tu. Kak Zue pernah tanya, sambal cili merah tu mereka giling.

Nak lagi lengkap menu makan di Wong Solo ini ialah, tambah kudapan emping jagung dan minum air avocado. Nyum nyum sedap.

Boleh lah makan nasi dengan keropok rangup. krap krup krap krup bunyinya. Air pula, Avocado. Wow memang sedap dan mengenyangkan sangat. Dahulu, nak order air avocaso ni susah. Asyik habis sokmo. Kali ini banyak pula stoknya. Agaknya sudah tambah kuota or stok kot.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI