Kalau lapar dan kene makan seorang, aku mesti akan datang makan ayam penyet di Restoran Wong Solo Bangi. Cz rasanya, disini sahaja yang boleh memuaskan hati aku dengan tema makanan jawa dan pedas.
Tapi kan, aku tengok sekarang tempat ini macam terlebih popular. Tiap kali datang je mesti penuh dan berebut meja makan. Tak syok dan aku rasa kurang selesa. Kita nak makan dalam keadaan selesa dan relax.
Pada masa yang sama, rasa ayam penyetnya kekadang kurang masak + kurang fresh + sedikit berbau hanyir. Cabaran utama dalam business makanan ini ialah untuk mengekalkan rasa dan kualiti masakan.
Maybe next time kene ajak Salina makan ayam penyet kat tempat lain.