Tahun demi tahun, rasa makin banyak cabaran yang perlu dihadapi. Tahun 2014 ini aku sendiri tak pasti apa nak buat / azam / harapan etc. Nak buat apa ek?
Pertamanya, sudah semestinya mahu menjadi insan yang lebih baik dari yanh sebelumnya. Menambah baik dan memperbaiki apa-apa yang dirasakan perlu diperbaiki lagi. Dunia dikejar, akhirat pun turut sama dikejar kejar kejar dan kejar. Insyaallah. Mungkin, aku akan selit-selit / perbanyakkan entry bersifat keagamaan yang lebih santai + senang difahami oleh semua.
Keduanya, mahu belajar dengan lebih drastik lagi akan ilmu SEO. Kalau boleh, aku nak memahami dengan lebih lagi akan SERP, pagerank, backlink etc. Pada tahun 2014 ini, aku mahu blog mykeledek.com ini mendapat ranking at least once untuk top 1000 alexa.com di Malaysia. Pada masa yang sama, aku target untuk mendapatkan penarafan pagerank 3/10. Pada masa ini, pagerank aku hanya sekadar 1/10 sahaja huhu. Aku akan lebih kerap berkongsi nota SEO nanti.
Ketiganya, mahu perbaiki mutu, kualiti dan cara penulisan di mykeledek.com ini. Aiyoooo, agak susah mahu capai target ini cz cara dan gaya penulisan banyak bergantung kepada beberapa faktor yang berkaitan. Tapi tak apa, kita cuba tambah baik untuk mana-mana entry yang berkenaan.
Keempat, menambah baik kualiti kerja dan pengurusan masa. Selama 3 tahun lebih aku menjawat jawatan Pegawai Tadbir, jadi knowledge tu sudah macam tahap dewa dewi. Kini, aku menjawat jawatan Pegawai Khas yang nampak sama je tugasannya jika dipandang secara kasar, tapi sebenarnya jauh berbeza – TOTALLY DIFFERENT. Apa yang perlu aku buat? Dengar dan belajar dari mereka yang difikirkan perlu/berkaitan. Kene yakin setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Nobody perfect + rezeki masing masing u olllzz.
Kelima, menambah baik perniagaan online aku. Penambahbaikan perniagaan online aku akan selari dengan ilmu SEO. Trust me, ilmu IT ini tak pernah habis. Setiap hari, mesti ada sahaja ilmu baru. Non-Stop!! Buat masa ini, aku lebih kepada perniagaan kesihatan dan kecantikan. Pada masa yang sama, perniagaan kucing parsi tetap berjalan – Mykeledek Cattery. Insyaallah, pada pertengahan tahun 2014 nanti aku akan suntik modal 5 angka ke dalam business online aku. Doakan semuanya berjalan dengab lancar seperti yang dirancang.
OK, kita letak 5 sahaja dahulu azam tahun 2014 ini. Cakap / tulis banyak-banyak pun tak guna. More action, talk less please.