Aku akan berkursus back-to-back minggu hadapan. Pengsan rasanya. Tak tahu di mana Nilai Spring Resort. Harap GPS Google Maps pada Tablet aku berfungsi dengan baik + ada coverage. Makmal pasal apa pun aku kurang jelas. Nak kene baca buku balik rasanya nie. Dengarnya nak develop satu system yang menggabungkan system system yang sedia ada.
Part aku pulak akan bagaimana nak menghebahkannya dengan cara yang baru. Dalam akal fikiran aku, guna Google Ads + Twitter + Facebook Ads je lah. Memang sesuai dengan apa yang aku buat. Mampos kene aplikasikan secara rasmi pulak lepas nie. Pengsan time tu jugak.
Habis je ber-makmal, aku berkursus Java Script lagi. Amboi, aku rasa macam aku ahli ICT lah pulak. Agak susah nak belajar Java Script nie. Aku pun tak study apa apa lagi. Kursus kali ini lebih kepada basic dan asas akan kursus kursus yang akan aku hadiri kelak. Cant imagine, aku kene menerima 1001 jenis ilmu ICT baru dalam jangka masa singkat.
Yeah, aku boleh adapt semua ilmu ilmu ICT ini – Kalau rajin dan tidak diganggu oleh perkara lain. If let say di kacau dengan urusan lain, memang HANCUR. Plannya, aku kene ‘jaga’ sendiri hal-hal berkaitan content di portal bermula pada bulan Julai nie. Ada sebulan lebih je lagi. Tak ke menakutkan tu. Aku rasa macam tak bersedia lah pulak. Nak kene pastikan Azura dan Masnim well known lebih baik dari apa yang aku boleh buat gamaknya.
Pada masa yang sama, aku perhatikan bos bos baru aku kelihatan agak sensitif dengan perkara perkara berkaitan online – Facebook & Twitter. Amat berbeza dengan dengan yang sebelum ini. Memang perlu kerap update apa apa yang patut nie. Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku dalam sebulan dua ini. Silap silap ada yang naik nama.
Yeah, tahun tahun yang akan penuh dengan ceritera online dan media sosial. Pada masa yang sama, aku masih keep berdoa dan berusaha untuk mencari kerja di tempat lain. Boleh? Gigih. Punyalah banyak hantar resume bagai. Tak ada yang sangkut. Sentap.