Usia anak kucing dah menjangkau 1 bulan. Jadi? Perlu bagi ubat cacing 🙂 Anak anak kucing perlu diberikan ubat cacing dalam bentuk cecair. Berat mempengaruhi jumlah dos huhu
Aku dapat ubat ini daripada Hospital Veterinar Universiti – Beli OK huhu. Tak ingat berapa harganya.
Apapun, sebelum diberikan ubat cacing….kita timbang dahulu anak anak kucing ini. Gigih menimbang. Nasib baik aku ada beli penimbang kek haritu hahahaha. Bolehlah gunakan.
Average anak anak kucing ini beratnya ialah 400g. Cuma Orange J sahaja yang 200g lebih. Aku ingatkan dialah yang paling gemuk. Rupanya paling kurus. Pengsan…. harus gigih bagi dia makan lebih. Bagi gemuk
Gigih bagi anak anak kucing ini ubat cacing satu satu. Paksa makan jugak. hihi…demi kesihatan katanya
Aku tak dapat ambil gambar tatkala memberikan anak anak ini ubat cacing. Dok gerak sana sini. Selepas makan ubat cacing ini…. gigih semuanya dok menjilat sana sini haha
Takper lah… Yang penting korang sihat
Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner), Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszill, Video (Youtube) dan Google +