BAIK BURUK MEMBELA KUCING

Aiyoo..pengsan aku. Family aku membebel dek kerana rumah banyak habuk dan bulu kucing. Nak buat macam mana, duduk di rumah yang bersebelahan dengan tapak pembinaan kondo. Plus, aku pun ada membela kucing. Sesak juga nafas dibuatnya dengan semua ini

Banyak dengar cerita pasal bulu kucing nie penyebab sakit asma ++. Aku sendiri pun lama2 tak selesa juga dengan ‘lambakan’ bulu2 cici di rumah. Dimana mana sahaja pasti akan ada bulunya. Aiyyyyyaa bagaimana cara untuk mengatasi masalah bulu2 kucing nie?

Dari segi pemakanan mungkin aku perlu titik beratkan juga kot. Asyik gugur sokmo..lama2 dari sayang terus jadi rimas. And if ada alat yang boleh serap habuk + bulu2 nie pun lagi bagus. Senang…

Macam mana ek?