Rumah aku tak ada air cond bagai. Jadi, memang bergantung 100peratus dengan kipas dan cuaca luar. Semua sedia maklum, kucing parsi ini berbulu tebal. Jadi, mahu tak mahu diorang memang memerlukan suasana dan keadaan yang tak terlalu panas. Kalau panas, diorang akan jelir lidah macam anjing. Kesian aku tengok diorang. Tunggu business maju sedikit lagi dan gaji mencanak canak naik lagi, aku akan belikan air cond plak untuk diorang.
Buat masa ini, balkonilah tempat untuk diorang melepak. Disinilah tempat aku basuh baju, buang sampah, sidai kain dan tanam pokok hahaha.
Habis aku pasang jaring kat mana mana lubang yang ada. Takut diorang asyik bermain dan jatuh. Karang aku pulak yang risau menangis bagai. Boleh?
Seperti biasa, Mia lah paling nakal. Dok panjat sana sini kat balkoni ini. Lubang yang kecil pun dia nak masuk. Nasib baik aku sedar cepat. Haruslah aku cepat cepat tarik dia masuk. Kalau jatuh tu macam mana tu? Tingkat 13 tu beb.
5 ekor lepak, tidur, bermain, makan dan hidup bersama. That why tak sampai hati nak pisahkan diorang. Next batch mungkin. Kita collect RM700 seekor minimum. Acaner tu hahahaha.