BANTAL KEKABU

image

Aku tak sempat lagi update / buat entry berkenaan Lembah Lenggong 🙂 Agak carca merba dengan urusan pejabat. Katanya. . . Aku sempat update entry bergambar yang aku ambil via tablet je. Tak sempat nak transfer gambar yang aku ambil via Camera ahaks

image

Apapun, pantang pergi mana mana tempat di belah utara atau kawasan kampung. Mata aku pasti akan melihat mana mana kedai yang menjual bantal kekabu. Bukan apa, mak aku suka bantal macam nie. Selama nie dok tengok je. Syukurlah nak. . . Sempat gak menyinggah beli 2 bantal kekabu nie.

image

Harga asalnya ialah RM30 untuk 1 bantal. Aku dapat harga RM25. HAIRAN.. .agak mahal sebenarnya harga bantal ini untuk kawasan kampung macam nie. Bayangkan, kalau kat Downtown Cheras pun harganya RM20 je.Lebih padat plak tu isinya berbanding bantal yang bro nie jual. Apa ke maknanya tu. Ke nampak plat kereta KL or orang luar je, dia terus markup harga siap2. Pengsan. . . . Maybe next time kene lebih beringat dan sedikit cerewet kot.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI