BARANG PERMAINAN KUCING TERBAIK

Sebelum ini aku ada buat entry mengenai Senarai Barang Permainan Kucing mengikut pandangan dan rujukan aku sendiri. Dan secara kebetulan aku sempat singgah ke kedai Petshop di The Mines. Yang penting harga Cat Stick Mini disini hanya RM5 sahaja yeeerr. Sentap.

image
barang permainan kucing

Sempat juga lah membeli Silika untuk tandas si kucing ini dengan satu alat permainan baru untuk cici. Mat salleh panggil benda alah ini Cat Dancer tapi aku panggil je tali kucing. Kaedahnya macam tali pancing ikan. Hihi. . . Cz dulu kecik2 pun kalau nak main dengan kucing aku akan buat tali yang diikat pada lidi. Ala2 pancing. . . So, kucing akan dok kejar dan berlari kesana kemari mengikut gerakkan tali tu. Sweet bukan. . . . Kaedah lama / simple tapi memang berkesan.

image
Tali untuk kucing

Tak payah beli pun tak apa. Buat sendiri. Lebih jimat dan kucing pun enjoy je main hihi. Same goes to cici juga. . Aku tengok dia memang enjoy dan suka main dengan tali yang berjuntai juntai ini. Sekejap je dia terus suka main. That why aku berani cakap jenis permainan seperti inilah yang terbaik untuk kucing.

Pendapat ini aku buat berdasarkan kepada pengalaman aku. Lain kucing lain perangainya 😉

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI