Salah satu masalah utama aku di dapur ialah. . . Bawang yang aku beli sokmo busuk / tumbuh dek kerana tidak sempat nak gunakan / masak. Semuanya dek kerana mood memasak aku yang tak menentu 🙂 Plus, aku memang suka beli barang dapur hihi. . . Sedih
Perlu ke nak tunjuk gambar dapur aku yang bersepah kan? Hahahaha. . . Oleh kerana banyak benda benda bawang ini, so adalah juga binatang binatang yang berterbangan di dapur – not sure apa namanya.
Apa solutionnya? Aku sendiri tak dapat jawapannya. Until aku berbual bual dengan Mokcik Bibah hujung minggu yang lalu. Oh, rupanya dia dok blender bawang / cili kering dll dan masukkannya ke dalam freezer. Sejuk bekukan benda alah ini. Memang sesuailah untuj aku yang jarang jarang masak ini 🙂
Hasilnya? Dia bekalkan aku cili kering dan bawang yang dah dikisar. Gigih malam malam buta dia dok mengisar benda alah ini. Terima kasih banyak banyak ahaks.
Peti sejuk pun dah penuh. Terpaksa sental sana sini bagi muat hahaha. Aku pun dok kisar bawang bawang yang ada + kisar + freeze kan terus. Senang dan mudah. Agak agak mood memasak dah sampai. . . . Nyah bekukan sahaja 🙂 habis cerita hahahahahahaha.