27 Rejab aku berpuasa. Bersahurkan Pizza Hut Delivery sahaja pada jam 8 malam semalam dan kemudiannya aku berbuka puasa di Sahara Tent Restaurant Alamanda Putrajaya. Pengsan.
Sesuai dengan namanya, Sahara Tent Restaurant ini menyajikan makanan arab. Kelihatan agak popular juga lah di Bukit Bintang. So, nak juga rasa lah kan hihi.
Konsep restoran ini very te Arab Saudi. Tak nampak pulak aku gadis kaya arab saudi kat sini hihi. Kalau tak, boleh usha2 bro…. terjun bangunan terus hahahaha.
Susah sebenarnya jadi insan macho kacak tampan dan comel macam aku nie. Ada je nak makan benda pelik pelik. Nak jadi bini aku, memang kene tgk balik skill masakan dia. Sesuai tak dengan citarasa dan mood aku. Pengsan lagi.
Tadi order Honey Dew, Teh O Ais Limau, Kabsyah Chicken, Biryani Chicken dan Mahalabia (lupa namanya).
Kalau nak diikutkan, not bad juga rasanya. But preferable Kabsyah Chicken berbanding Biryani Chicken. Terasa rempah ratusnya especially bunga cengkih. Tetiba teringat akan pokok cengkih yang pernah tumbuh rendang di belakang rumah lama aku. KLMJ. Aku selalu bermain unggun api tatkala nenek aku sibuk bersihkan kebun dan tanam tembakau / cili kampung.
Ini pulak kuah kacang dal dia. Bersekali dengan main menu yang di order. Ok jerk.
Dissert pulak order Mahalabia ( lupa namanya ). Rasa ala ala jeli kepala campu. Simply like kuih yang lapis lapis warna warni tu. Kuih lapis kot namanya. Tak pun kuih seri muka. Eh, kuih lopis kot. Tak ingatlah nama kuih nie.
Total makan disini ialah area RM56 lebih. Lebih kurang makan Nandos or Sushi King or any restaurant lain. But prefer makan je dirumah (kalau ada yang tolong masakkan). Gitu katanya.
Secara jujurnya, aku prefer makan di restoran arab biasa – Saba’ atau Mr Kebab & Biryani Presint 15. Harganya lebih berbaloi dan rasanya pun bagi aku lagi sedap. Tapi, kalau nak ala ala makan di tempat yang ‘very the’, so memang sesuailah sangat :).