BEKAS AIR KUCING

TERbeli satu set bekas air minuman khas untuk kucing Si Cici Esmidar Gonzales. Idea pembelian ini datang daripada ‘terlebih’ membaca blog blog dan forum forum yang bercerita akan hal hal penjagaan kucing. Salah satu aspek ‘hangat’ yang diperkatakan ialah ‘bekas air minuman kucing’.

Even manusia pun kene pastikan kita dapat minum air yang benar benar bersih tanpa ada sebarang kotoran, bakteria, klorin yang berlebihan etc. Same goes to kucing OK

As penjaga, kene pastikan juga kucing yang kita bela itu dapat makan / minum daripada sumber yang bersih. Biasalah, nak pastikan kucing tu sihat walafiaat dan berbahagia sokmo. Kan ke naya kalau dia sakit…. amanah tu.

Kene pastikan minum air bersih. Macam manusia juga, kalau minum air yang kotor kita berhadapan dengan risiko penyakit buah pinggang. Simply like that.

Untuk pastikan air dalam bekas minuman adalah benar benar bersih + bertapis…. salah satu caranya ialah menggunakan produk ‘Fresh & Clear’ ini. Konsepnya lebih kurang sama dengan produk produk penapis air dalam pasaran seperti Coway mahupun Bio Aura. Cuma produk ini memang khas untuk kucing 🙂

Nampak cantik / nice konsep produk ini. Kucing akan minum air seakan akan minum di tepi ‘air pancut’ hihi.

Air pancut mini yang comel

Asalnya memang susah nak setup bekas air ini. Jenuh nak pastikan air memancut kesemua arah. Last2 berjaya juga.. Yang penting cici minum air daripada bekas ini – Ini Yang Penting.

Jadi, seminggu sekali bolehlah tukar air ini. Biar Fresh and Clear.

The main reason kenapa beli produk ini ialah Cici lebih suka minum air takungan di baldi dalam bilik air berbanding minum air dalam bekas air yang disediakan. Pengsan Oh yerrrr harga bekas air ini ialah RM106

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI