BELI RUMAH DI ALBURY MAHKOTA HILL – PART 2

wpid-wp-1442557443860.jpeg

Lama betul proses untuk menanti kelulusan pinjaman perumahan. Memang betul, kita kene tunggu lebih kurang seminggu – 2 minggu untuk tahu keputusan samaada permohonan pinjaman perumahan kita diluluskan atau tidak.

Katanya, permohonan pinjaman bank aku diluluskan. Tapi aku hanya dapat info daripada RHB Bank sahaja. Interest yang dikenakan ialah 4.6% untuk 35 tahun. Oleh kerana proses permohonan berjalan lancar, mereka cuba hantar permohonan aku ke Public Bank. Alhamdulillah, lulus juga dengan interest yang lebih rendah. Apapun Tinggi betul interest rate pada masa kini.

Kawan aku yang kerja Maybank bagitau, interest rate untuk Maybank 4.65% (3.20 + 1.45). Bank-bank lain pun ada yang lebih menakutkan interest rate nya. Adalah term term seumpamanya. Alhamdulillah Syukur yang amat.

Jadi, pusing sana sini, Insyaallah aku akan tandatangan perjanjian jual beli dengan pemaju dalam jangka masa terdekat ini. Tandatangan beserta dengan bayaran wang pendahuluan.

Aku pun sedang get ready untuk isi borang permohonan pengeluaran akaun 2 KWSP. Fikir punya fikir, buat apa simpan sokmo dalam akaun. Nilai Ringgit bukannya kukuh pun. Baik aku bayar untuk beli asset yang sepatutnya. Risau dengan keadaan semasa yang tidak menentu. At least, dengan duit akaun 2 KWSP itu, boleh tampung sedikit sebanyak mana yang perlu kan. Semoga dipermudahkan.

Berkongsi pengalaman dan keterujaan memiliki rumah pertama.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI