BELI RUMAH DI ALBURY MAHKOTA HILL – PART 3

Semalam, 20 September sekitar 2.30 petang, aku tandatangan surat perjanjian jual beli rumah (S&P / SPA). Ala-ala sign sana sini dihadapan peguam yang dilantik. Banyak betul helaian yang perlu ditandatangan / initial sign.

Pada masa yang sama, kene bayar downpayment kepada pemaju + RM500 kepada lawyer.

Sepatutnya aku pun sign Loan Offer Letter daripada Bank. Tapi diorang tak dapat siapkan lagi surat itu, jadi tak dapat lah nak sign. Terpaksa buat temujanji pada hari lain untuk sign. Kira rezeki jugalah jugak sebab lawyer ada bagi nasihat untuk serapkan sahaja Lawyer Fees yang dikenakan ke dalam jumlah loan yang dipinjam. Jadi, aku tak perlu bayar Lawyer Fees sekitar RM6,000. Itu pun jika Margin of Finance mencukupi ( 96% ). Sebab katanya 90% loan untuk rumah dan diorang pun akan tambah lagi untuk insuran (kadar insuran mengikut umur peminjam). Jika cukup, bolehlah masukkan lawyer fees. Aku sudah bagitau agent. Nanti dia akan check / buat culculation samaada boleh atau tidak. Ohhhh, harapnya boleh lah kan.

Pada masa yang sama, aku akan buat permohonan pengeluaran akaun EPF. Kalau tak boleh serap Lawyer Fees ke dalam loan, aku akan gunakan duit EPF itu untuk bayar sendiri Lawyer Fees. Selebihnya, boleh simpan untuk cover balik duit downpayment. Lawyer yang uruskan rumah aku pun memahami dan sedia membantu serta menunggu proses pengeluaran duit EPF. No problem katanya. As of now, dia cuma menunggu untuk Loan Offer Letter daripada bank sahaja. Lagipun, lawyer fees itu dibayar kepada dia. Jadi, kira OK lah kan.

Insyaallah, semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI