Alhamdulillah, cepat betul urusan pengeluaran duit KWSP untuk pembelian rumah. Khamis lepas hantar borang dan hari ini ( rabu ), duit masuk dalam akaun. Urusan serba serbi mudah setakat ini. Urusan pembukaan akaun di Public Bank pun sudah selesai. Itupun nyaris-nyaris disuruh balik sebab dia mahu bill telefon nombor celcom (nombor utama) aku. Sebab aku bagi mereka bill statement nombor Maxis yang mak aku gunakan. Sudahlah susah nak dapat parking, tempat sesak dan akhirnya aku main parking di tepi jalan – kene saman. Sentap dengan Majlis Perbandaran Kajang. Saman cepat je. Walhal tempat untuk parking kereta tidak mencukupi. Serba serbi tidak puas hati. Positif je lah.
Dapat duit KWSP, terus cepat-cepat bayar Lawyer Fees – RM4,438.66. Katanya lawyer fees untuk Pinjaman Perumahan Islamik lebih murah. Aku pun anggukkan sahaja. Sebab, katanya kalau guna pinjaman konvensional, jumlahnya boleh mencecah sehingga RM6,000.00.
What is next step? Urusan peguam katanya. Segalanya dia akan uruskan. Aku menanti sahaja rumah siap etc. Semoga dipermudahkan segalanya. Tugas aku sekarang ini ialah dapatkan duit sampingan untuk menampung bayaran balik pinjaman rumah 2 tahun lagi selama 35 tahun – RM1,500.00. Pengsan.