BELI SANGKAR DAN AKSESORI KUCING PADA HARGA MURAH

Lewat petang tadi, kami pergi walk in ke Jalan Desa Utama, Taman Desa. Semata mata nak datang tengok sendiri apa yang dijual oleh Kucing4Sale. Huhu, housemate aku ini memang terlebih gigih surf internet berbanding aku. Aku nie memang agak malas malas bermusim.

image

Senang je rupanya nak datang ke sini. Hanya perlu lalu jalan menuju ke Mid Valley je pun. Pastu, nampak sign board Taman Desa tu, belok je lah. Just ikut je sign board. Sampai je simpang 3, belok kanan sampai jumpa Apartment Faber Ria. Haaaaa, betul betul depan apartment tu ada deretan rumah taman. Belok kat situ dan cari rumah nombor 239. Rumahnya kat tepi jalan besar.

image

image

Dia buat kedai kat rumah dia rupanya. Nampak macam kerja sampingan dia pun ada gak. Tapi memang banyak dan murah murah harganya. Not sure dia dapat stok dari mana entah huhu.

image

Kami beli Cat Tree ( yang warna pink tu : 61cm x 40cm x 97cm) dan juga sangkar kucing yang berukuran 133cm x 90cm x 58cm dan juga Cat Litter Tray yang berukuran sederhana dan dalam.
.
Cat Tree tu berharga RM228, Sangkar tu berharga RM269 dan Cat Litter Tray tu berharga RM35.

image

Nampak gaya kedai nie, dia lebih fokus kepada jualan aksesori kucing, pasir dan makanan kucing. Memang penuh kedai dia dengan barang jualan nie. Meriah plak aku tengok.

image

image

image

Sempoi je dia jual kan. Tapi aku tak kisah pun dan aku pun yakin, orang pun xkan kisah. Janji harganya murah dan berbaloi. Jual / promosi via online je pun. Kalau harganya murah dan berbaloi, orang pasti akan cari dan pergi jugak walau kat ceruk dunia mana sekalipun hihi.

image

image

Info lanjut? Terjah je blog Kucing4sale ini.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI