Seawal jam 7 pagi, mak kucing si Cici Esmidar Gonzales dah dok mengiow ngiow. Ingatkan nak minta makanan diisi yang baru. Cici nie jenis kucing yang sangat cerewet dalam segala hal. Oh, sama macam tuannya jugak kot. Pengsan.
Tapi, rupanya bukan! Darah menitik nitik dari badan dia. Rupanya bengkak pada puting susu dia dah mula lembik dan pecah. Doktor tu kata average masa bengkak tu akan pecah ialah 2 hari. Tak sangka cepat plak bengkak cici ini pecah.
See, nampak bengkaknya bukan? Gambar selepas kami picit dan bersihkan dengan menggunakan dettol. Takut gak tengok cz bengkak tu mengeluarkan darah dan nanah. Kesian cici.
Sabar je lah. Klinik haiwan kat Taman Equine ini buka pukul 2petang pada hari sabtu dan ahad. Tu yang kami terpaksa buat sendiri untuk membersihkan darah / nanah pada bengkak tu. Gigih kan?
Pada masa ini, memang kami asingkan mak kucing dengan anak anaknya. Takut terjangkit plak. . . Syukurlah bengkak tu pecah cepat. Lagi cepat lagi bagus. . . Cepat sembuh.
So far, nak kene tunggu saki baki nanah / darah yang masih keras pada bengkak tu. Harapnya semua OK dan.mak kucing kembali sihat, gemok dan ceria seperti biasa.
P/s Mak kucing agak messy selepas beranak ini. Next time nak bawa dia grooming cikit.