BERAS WANGI SIAM VS BERAS BASMATHI / HERBA PONNI

download

Aku ini seorang yang kuat makan dan memang kene makan nasi setiap hari. Tak boleh tak makan nasi. Selama hampir 2 tahun aku mengamalkan pemakanan sihat dengan memakan nasi basmathi / herba ponni taj mahal di rumah. Kemudian, bulan lepas aku mencuba untuk makan nasi drpd beras wangi siam (apa jenamanya tidak perlu untuk aku katakan disini). Imprezzz cz berat badan aku naik dengan mendadak.

YES, pada awalnya aku agak hairan cz beras yang dibeli tu nampak macam cepat je habis. Seakan menambah selera makan hahaha. Tak boleh jadi macam ini. Then, semalam aku terus beli beras herba ponni taj mahal. Memang kene tukar dan stop terus.

Berdasarkan kepada pengalaman sendiri, beras herba ponni / basmathi ini boleh mengawal berat badan aku hihi (walaupun makan banyak). Nampak gayanya, dulu kini dan selamanya memang kene makan beras jenis ini sahaja. Tak boleh gatal-gatal tangan beli beras lain. In case kalau nak merasa, makan kat luar sahaja atau beli 1kg jerk. Pengsan.

Moral of the story, salah satu rahsia awet muda remaja dan berat badan yang maintain ini ialah pengambilan beras basmathi / herba ponni taj mahal. Bayangkan, selama beberapa tahun ini berat badan aku average 60kg je. Once aku ambil beras wangi siam yang sedap tu boleh pulak naik 2 kg terus. Itu baru makan tak sampai 2.5kg. Bayangkan kalau aku habiskan 5kg terus? Pengsan. Habis market pakcik hahahahaha.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI