Entah mimpi apa, raya tahun ini aku cuti lama sedikit – — Genap 1 minggu cuti. Plan asalnya mahu bekerja je hari Rabu. . . Tapi terbabas cz kawan kawan + family ajak beraya lebih sedikit. Pengsan
Apapun, aku bertolak balik awal sedikit ( hari jumaat ) untuk berhari raya di rumah pakcik dan kawan opis. Seperti biasa, kalau aku datang bertandang. . . Of cz aku nak makan berat. Hahahahaha. . . Setahun sekali
Apa lagi yang boleh dilakukan? Selagi kudrat masih ada. . . Timbalah sebanyak mana pengalaman + jalan jalan tgk tempat org
Sekali lagi, tahun ini aku berkesempatan lagi berhari raya di rumah my officemate – Jiela Si Gadis Yang Yok. Tahun ini aku datang siang. . Means aku nampak r jalan kiri kanan. So tak sesatlah sangat. Hihi
Ohhh. . Merasa jugak aku makan nasi ayam buatan jiela. Ceittt kononnya mama jiela yang buat. Tapi kantoi lps mama sendiri cakap jiela yang buat sendiri nasi ayam tu. Hurrrmmmmm sedih. I save my comment hihi
Plan asal nak datang pagi. Tapi dek kerana aku bertolak lewat sangat, tu yang sampai petang tu. Huhu. . . Kalau tak, leh r singgah makan roti canai dan roti telur + teh tarik. Nyum nyum
Selamat Hari Raya Makcik. Tahun depan, insyaallah datang lagi dan leh r makan mee hoon sup plak. Pengsan