BERBUKA PUASA DI TGI FRIDAY, ALAMANDA PUTRAJAYA

image

Syukurlah nak,aku berjaya berpuasa 9 dan 10 Muharam. Ini adalah pertama kali aku berpuasa sunat pada bulan Muharam. Alhamdulillah 🙂 Emmmm, tak tahu esok nak sarapan apa hahahaha.

Plannya hari ini nak berbuka puasa di rumah sahaja. Tapi Salina tetiba ajak untuk berbuka puasa bersama dengannya di luar. Gigih pakcik memikirkan nak makan apa. Last2, makan kat TGI Friday je. Ini adalah kali kedua aku makan kat sini. 1st time aku makan kat Pavilion KL.
image

Terima kasih kepada Salina yang sudi meneman kitorang berbuka puasa hari ini. Menceriakan suasana dan sangat positif. I like.

image

Aku tak pandai dan tak tahu nak order apa. Ambil sahaja mana-mana yang difikirkan berkenan. Last last kitorang order Tennessee New York and Shrimp, Championship BBQ Chicken dan Grill Carribien Wings dan bottomless ice lemon tea. Agak takut nak order banyak cz takut tak habis.
image

image

image

Not bad dan sangat sedap rasa dagingnya. Aku suka dengan cara daging ini dimasak dan sosnya. Tak perlu makan dengan sos cili. Not sure diorang guna perencah / bahan grill yang macam mana. Tapi, memang sedap. Pemilihan menu yang tepat dan lazat.

Next time, mungkin aku akan datang sini lagi 🙂 Emmm, Salina suka makan sushi tak? Lupa nak tanya. Yeah, pakcik lama tak makan sushi 🙁 Jom teman boleh? Huhu.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI