Pertama kali bermalam dan sarapan pagi di Pullman Hotel & Resort Putrajaya. Selama ini sekadar singgah untuk menghadiri program atau lalu sahaja. Kali ini terpaksa tidur semalam dan bersarapan pagi disana. Sebab sudah bayar ahaks.
Bayar pada harga sekitar RM320 kalau tidak silap. Dapat harga murah macam itu pun sebab beli melalui Agoda. Kalau beli direct, rasanya sekitar RM400 lebih macam itu. Sebab sebelum beli, ada call mereka untuk bandingkan harga.
Sedap dan puas hati ke perkhidmatan yang diberikan? Emmm boleh lah. Sesuai dengan harga RM320. Cuma sedikit terkilan sebab tidak dapat fokus kepada ‘percutian’ sebab ada kenalan yang dikenali dan mahu menyaksikan kejadian gerhana matahari untuk solat gerhana matahari (tidak sempat akhirnya).
Next time hendak cuma Hotel Everly pulak lah kalau keluarga datang sini. Senang untuk mereka berjimba-jimba di Alamanda atau IOI City Mall Putrajaya.