Apa aktiviti hujung minggu aku? Jalan jalan cari kerja baru kat BN Youth Job Fair di PWTC. Berlangsung pada 16 – 18 Nov 2012 jam 10pagi hingga 6petang bertempat di Hall 1 Dewan Tun Razak.
Personally, aku tengok tak ramai sangat yang berkunjung kat sini. Not sure kenapa. . Macam ada something yang tak kene. Oh, mungkin orang datang belah petang kot. Aku datang belah pagi. Taklah ramai sangat orang – bagi aku
Dewan Tun Razak 1 kat seberang sungai. So, terpaksalah menapak sedikit untuk kesini 🙂
Antara gambar gambar yang aku ambil.
Aku ambil gambar ini pukul 11 pagi camtu. Ramai time perasmian je pun. Nampak exhibitor dan urusetia yang kehulu hilir. Job seeker pula tak terlalu crowded. Just nice
Just wonder, how come aku baca kat news tu kata semalam (1st day event). .bilangan pengunjung yang datang area 13k to 15k. Pelik. . .
Ini gambar time perasmian. U know what im thinking. .
Aku ingatkan kalau semalam yang datang area 15k, of cz hari ini ( sabtu ) orang datang lebih ramai. Yelah kot cz target mereka khabarnya 100k.
Aku ada usha gak mana mana booth. Diorang kata macam sedikit je yang datang semalam. Jumlahnya tidaklah sebanyak jumlah yang dihebahkan dalam media. Ke aku yang salah baca? Or salah faham?
Apapun, aku minta kerja di BERNAS, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Affin Bank dan juga MyEg. Yang lain lain tu aku macam tak berapa yakin. Aku ada gak mohon Agrobank via email. Ke diorang tak buka email tu? Ahaks
Aku dah kerja hampir 3 tahun kat tempat kerja sekarang. Sampai bila nak kontrak memanjang 🙂 Lagipun aku rasa tepu kerja kat tempat sama lama lama. Its make me too DIVA to know everything. Aku nak something yang baru dan baru. So aku leh kembangkan knowledge aku. Aku tak rasa. . . Aku berjiwa gomen – kot. But people around me kata, aku bermuka gomen. Boleh? Hangguk betul hahahaha
Aiii kerja yg terlalu senang bermasalah. . Kerja yang terlalu susah pun bermasalah juga 🙂 manusia tak pernah puas dengan apa yang ada kot. Tak ada masalah, dok cari / buat masalah hihi
Yeah. . . Belajar math, accounting,economy dan statistik. Last last kerja bidang IT dan Corporate Communication 🙂
Boleh je guna kabel bagai untuk dapatkan kerja yang lain. Tapi tak mahulah macam tu. Semua mesti atas usaha sendiri + ketentuan Nya. Kalau aku berkelayakan untuk position itu. . Ko ambil aku kerja. Kalau tak, its OK. Aku fahan faham sendiri hihi
Simple. . .
Nak cari pengalaman dulu, pastu buat business sendiri.