Beli susu kucing di sebuah kedai kucing @ Bangi. RM11.90 untuk 400ml. Aku borong 10 tin terus sebab malas nak ulang alik membeli susu kucing (semata-mata).Pusing sana sini harga susu kucing macam lebih kurang sama je. Bergantung kepada ml je lah kan.
RM11.90 = 400ml
RM7.50 = 250ml
RM6.00 = 200 ml
Mana lagi murah? Pusing sana sini sebenarnya harga lebih kurang sama sahaja iaitu antara 0.029 dan 0.03 huhu. Rugi dulu aku tak beli borong sebab harganya jauh lebih murah berbanding harga sekarang. Dapat diskaun 50 peratus lebih dikkk. rugi yang amat.
Aku dulu pernah beli susu tepung. Tapi stop guna sebab anak-anak kucing cirit birit. Tak tahulah apa isi kandungan susu tepung tu. Kekadang, kucing itu sendiri yang gatal sangat tak nak minum susu bancuh. Sentap. Walhal aku dah ikut dos dos yang dinyatakan. hurmmmmm