Buffet Ramadan di Putrajaya Seafood Restaurant

Aiiiii bulan Ramadan ini rasa malas yang amat nak update mykeledek.com ini. Lemau meanjang. Walhal banyak je gambar dan cerita yang aku nak abadikan disini. Tapi, apakan daya, aku lebih suka melepak tidur bebanding buat benda lain haha. Okay, cuti panjang ini, boleh lah kumpul tenaga dan mengarang ayat disini. Kita mulakan dengan pengalaman makan buffet ramadan di Putrajaya Seafood Restaurant.

Semalam, aku dok makan buffet ramadan di Putrajaya Seafood Restaurant. Kawan ajak makan sini sebab dia penggemar makanan laut (katanya). Aku okay kan sahaja sebab hari cuti kan. Apa salahnya makan luar sesekali. Beli di Fave murah. Harga asal RM78 boleh dapat RM70 seorang. Not bad.

Hujan agak lebat semalam. Panorama pun agak menarik juga. Ini adalah kali kedua aku berkunjung kesini. Dulu, kali pertama aku datang makan sini tatkala hadiri majlis anjuran Pejabat Perdana Menteri. Bertahun-tahun lamanya. Kedudukannya agak ekslusif dan tak ramai orang. Jadinya, tidaklah terlalu sesak dengan manusia. Konsep yang santai dan tenang which is i like.

Nama pun restaurant makanan laut. Jadinya, konsep dan menu yang dihidangkan pun laut-laut belaka. Sesuailah dengan harganya yang ‘berpatutan’ tu. Pilihan menu yang dihidangkan pun tak banyak dan tak sedikit. Just nice. Nak banyak-banyak varieti pun buat apa? Buat pening kepala je nak memilih.

Aku tengok, ramai pelancong warga China yang datang makan sini. Nampak gaya macam datang berpakej / booking. Kawan kata, konsep makan kat sini adalah chinese food. Jadinya, rasa masakannya tidak pedas. Memang menepati citarasa orang yang tak makan pedas.

Alhamdulillah kenyang makan kat sini. Banyak pinggan jugalah aku ambil. Biasalah, kita kena makan lebih daripada harga yang dibayar. Barulah berbaloi dan untung huhu.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI