Hari ini gigih dok buat akaun di Bank Simpanan Nasional. Nasib baik kursus portal Liferay cancel. Tu yang boleh tarik nafas lega tu. Dok berjimba uruskan apa yang patut hihi. Boleh?
Aku ingat urusan di BSN nie banyak karenah. Rupanya sekejap je pun. Orang pun taklah ramai sangat. Tak sampai satu jam dah siap semua urusan hihi. Buat akaun, kad bank dan internet banking sekali. Aku buat akaun nie pun cz ada customer yang tinggal di kampung. Tinggal jauh dari bank konvensional katanya haha.
Minimum deposit untuk buka akaun di BSN ini cuma RM50 sahaja. Rasanya, nilai terendah di pasaran kot. Emmm, ingatkan RM20 cz aku check kat portal diorang memang jelas nyatakan RM20. Nasib baik bawa duit lebih. Syukurlah.
Hahaha untuk kali keduanya aku ada akaun BSN. 1st time dulu time aku sekolah menengah. Gigih buka akaun semata mata untuk dapatkan biasiswa kerajaan persekutuan. Jauh tu nak pergi bandar semata mata nak buka akaun. Naik motor Yamaha dengan abang aku. Pengsan.
Pastu aku terminate akaun BSN ini semata mata cz tidak valid dan lama giler tak aktif. So, buat dek je dan tutup akaun. Tak guna buka akaun bank banyak banyak kalau tak aktif. Tak silap aku, ada fees tertentu yang dikenakan oleh pihak bank per year.