Puasa sunat bulan Syaaban hari ini 🙂 bersekali dengan puasa sunat hari khamis. Syukurlah. Asalnya nak buka puasa di Wong Solo Bandar Baru Bangi. Tetiba tukar plan makan kat Nakhoda Mee Udang & Tomyam Seefod. Terletak di tepi jalan berhampiran dengan kilang Sate Kajang Haji Samuri – Bangi.
Order menu biasa biasa je pun. Memang inilah makanan yang akan aku order kalau makan diluar. Serba serbi lebih kurang sama. Dulu Kini dan Selamanya.
Nasi putih, telur dadar, sup ayam, sambal belacan dan sayur cendawan. Air pulak memang jus tembikai sokmo huhu.
Not bad jugak rasanya cz masakannya agak pedas kesemuanya. Sana sini letak cili bagai. Nampak gaya macam tukang masaknya orang jawa. Kalau orang pantai timur, mesti tak rasa pedas sangat dan agak manis rasanya. Pengsan.
Aku order sate daging 10. Tapi yang sampai 5 sate lembu dan 5 sate ayam. Sabar je lah Kak Ton.
Rasa dan kelembutannya terserlah u olllz. Memang lembut dan senang untuk digigit dan dikunyah. Secukup rasa betul rempah ratusnya. Aku memang pencinta rempah ratus huhu. Amat puas hati.
Nama sate ini ialah Sate Balqis & Qaisya. Aku sendiri tak pasti nama siapa. Wife owner stall sate ini kot. Pengsan.