BULU BULU KUCING

Satu masalah besar yang aku sedang hadapi daripada cici ini ialah masalah bulu dia yang banyak gugur.

Masyaallah, memang banyak betul bulunya yang gugur. Pantang kene peluk atau pegang cikit,pasti akan ada sahaja bulunya yang melekat di tanggan / baju / gugur / jatuh ke lantai.

Apa mau buat?

Hari tu ada jugak refer kepada doktor time di Hospital Veterinar Universiti UPM. Tapi doktor tu kata menda ini normal cz bulu cici memang banyak dan tebal. Ala2 karpet katanya.. Pengsan. Betul ke ? Takkan xda solution? Aku ingatkan bulu cici nie gugur dek kerana cuaca panas / sakit..tapi xsangka pulak, macam tu jawapannya. Alamak…

Solution yang disarankan ialah perlu selalu sikat bulu2 cici tu 🙂 hihi Alasannya, bulu2 tu tak gugur secara setempat. Jadi itu normal..pengsan

Persian Semi Flat Face tu memang camtu ke?

Apa lagi r yang tak betul jaga cici nie. Kene kaji lagi nie. Nie nak try bagi suppliment untuk kurangkan bulu gugur + belu sikat yang bersesuaian. Harapnya adalah sedikit perubahan.

Bukan apa, tak tahan OK dengan bulu2 yang banyak berterbangan + bertebaran di atas lantai. Bulu2 tu dah r warna putih, tak tahu lah dah berapa banyak bulu yang aku dah tertelan + termasuk hidung. Kadang2 time sujud pun macam ada menda alah je yang masuk hidung. Haaaa kan dah xkusyuk namanya tu. Even tiap minggu dok vakum, tetap sama je. Aiyooo….

Sampaikan mak aku bising dah time dia datang aritu. Let’s study

Posted from WordPress for BlackBerry.